Saturday 24 December 2016

Rahsia Kulit cantik berseri


Tau tak kulit merupakan organ paling besar daripada badan kita.  Makanya perlu la kita menjaga organ kulit ni kan terutama untuk wanita, kulit yang cantik merupakan aset yang berharga. wahhh! Kalau tak, takdelah lambakan produk-produk Set Kecantikan Kulit dekat pasaran sekarang ni kan.

Penjagaan kecantikan kulit amat penting. Ini kerana ramai yang bekerja dengan sinaran matahari dan pencemaran.  Ini menyebabkan kulit terdedah kepada kerosakan dan penyakit.  Contohnya, wanita-wanita seperti jurutera, arkitek dan sesiapa yang bekerja keluar masuk pejabat.  Di bawah ni antara masalah-masalah yang sering dihadapi oleh orang ramai :

- terjadinya pigmentasi berwarna gelap pada wajah

- kulit kusam

- jerawat dan jeragat

- kulit terlalu berminyak dan terlalu kering

- liang pori tersumbat

Agak banyakkan masalah-masalahnya.  Disebabkan itulah Shaklee telah membuat kajian dan menghasilkan produk untuk Set Kecantikan Kulit.  Jangan tak tahu ye, Shaklee bukan supplement je tau, ada jugak Set Kecantikan Kulit untuk kulit muka yang lebih cun!.  Apa yang lebihnya Set Kecantikan Kulit ini dengan produk lain kat pasaran tu? Ok, ni beza ataupun kelebihan yg ada pada semua Set Kecantikan Kulit dari Shaklee ni:
  - dibangunkan oleh saintis dan pakar-pakar penjagaan kulit di Jepun dan Amerika Syarikat
  - 3 tahun pembangunan produk
  - ramuan gabungan yang optimum
  - pemilihan bahan aktif & mentah yang diperolehi di 16 Negara
  - ujian menyeluruh


Amacam, hebat kan? set Kecantikan Kulit ni diberi nama Nutriwhite. Siapa yang pernah memggunakan set Nutriwhite ni tahu apa istimewa dan apa perubahan yang dapat mereka rasa pada kulit muka masing-masing.  Set Kecantikan Kulit - Nutriwhite ni diasaskan dengan gabungan ramuan botani, yang mempunyai nutrien paling tulen dan herba paling berkuasa. Yang pentingnya, ianya semulajadi tau.

Pada sesiapa yang belum pernah tahu pasal set Kecantikan Kulit ni saya akan huraikan dengan lebih lanjut di bawah.

Set Kecantikan Kulit  - Nutriwhite ini bekerja dengan 5 cara :-

MENGHALANG
melindungi kulit dari kerosakan matahari dan alam sekitar

BERKURANGAN
pigmen gelap dalam kulit akan berkurangan dan mencegah kulit kusam

MENYEKAT
menyekat pigmen gelap dari sel-sel kulit asas daripada dipindahkan kepada lapisan atas, membantutkan kemunculan tompok hitam

MENCERAH
mencerahkan melanin yang sedia ada, dan membawa kepada kulit wajah yang lebih rata dan nada kulit yang lebih cerah

MEMPERBAHARUI
dengan cepat mengeluarkan sel-sel mati yang membawa kepada blotchiness, memberikan kulit wajah yang lebih cerah, dan seterusnya kulit akan lebih bercahaya.


Set Kecantikan Kulit ni mempunyai 7 rangkaian produk Nutriwhite.  Jom tengok fungsi setiap 1 produk ini :

Nutriwhite Action Makeup Remover
- tunas Pokok Bic menghilangkan sel mati dengan lembut (akan keluar seperti habuk-habuk hitam semasa penggunaan)
- Aloe Vera menyegarkan dan menegangkan kulit
- lembut, tidak berminyak dan menjadikan kulit lebih licin

Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser
- membersihkan dan menyegarkan kulit
- rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
- Alga Hijau menyahtoksin dan melembabkan
- Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
- lembut dan menyegarkan

Nutriwhite Soothing Radiance Whitening Softener
- lembut dan mengembalikan kulit pada pH yan g seimbang
- kulit terasa lebih segar dengan dan tegang dengan Rosemary
- Kudzu menegangkan dan mencerahkan
- Marshmallow melembabkan

Nutriwhite Daily Defense Whitening Essence
- Bearberry untuk mencerahkan dan menegangkan kulit
- Strawberi Begonia untuk mengimbangi pigmen
- Kacang soya untuk melembutkan dan memgurangkan tompok-tompok hitam
- Mulberi untuk mencegah daripada kerosakan kesan daripada cahaya matahari
- Vitamin C aktif untuk memperbaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
- lembut dah mudah diserap kulit

Nutriwhite Spot Whitening Treatment
- memperbaiki kesan-kesan matahari serta jeragat kulit dengan cepat
- Kuasa pencerahan dari Likuoris dan Peony snagat bernilai disebabkan kesannya dalam mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit
- Cats Claws menegangkan kulit
- Vitamin C aktif membawa kecerahan yang baru untuk kulit lebih halus

Nutriwhite Daytime Whitening Lotion
- licin, kaya dengan pati botani seperti Mulberi untuk mencegah kerosakan kulit kesan dari cahaya matahari.  Mountain Arnica pelembab yang bertindak daripada semua sudut.  Melindungi dari kesan cahaya matahari.

Nutriwhite Overnight Renewal Whitening Cream
- memperbaharui keremajaan kulit sewaktu tidur
- linden menyihatkan serta melembabkan kulit dari dalam
- Scullcap mencerahkan
- Vitamin C aktif mengurangkan tompok hitam, mengembalikan keserian wajah
- di waktu pagi kulit terasa gebu, cerah, berseri


Haaaaa, bestkan Set Kecantikan Kulit ni? ok sekarang kita tengok apa kata mereka yang telah menggunakan Set Kecantikan Kulit ini pada diri mereka sendiri :

Testimoni Nutriwhite Action Makeup Remover

Testimoni Nutriwhite Gentle Deep Foaming Cleanser


Sesiapa yang berminat dengan Set Kecantikan Kulit Nutriwhite ni boleh hubungi saya di 017.603.9226




Monday 24 October 2016

3 set asas yang dapat menjadikan kulit anda persis artis cun dalam Set Kecantikan Shaklee

Siapa yang tak nak kulit cantikkan?  Zaman sekarang ni bukan wanita je tau nak nampak cantik, lelaki pun sama naik dah dalam bab menjaga kecantikan muka dan diri ni. Semua tu untuk kepuasan dan keyakinan diri masing-masing jugakkan.

Dah semestinya kita yg perempuan ni pun tak nak kalahkan. Kalau Erra Pajira lalu sebelah suami kita, kita kena pastikan suami kita tak toleh ke Erra. Agak susahkan. Boleh ke? hehe. Ok jom kita tengok macam mana Set Kecantikan Shaklee ni dapat membantu wanita-wanita berubah menjadi cun macam artis zaman sekarang ni.

Pada sesiapa yang pernah mencuba Set Kecantikan Shaklee ni, pasti tahu kesannya pada kulitkan. Bahkan ia turut membantu memberikan kesan positif kepada kesihatan.  Pada sesiapa yang belum cuba, jom baca dulu details supplement yang terdapat dalam Set Kecantikan Shaklee.

Set Kecantikan Shaklee - vitamin asas



3 vitamin asas yang terdapat dalam Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Vitamin C, Vitamin E dan B Complex.  Di bawah ni huraian berkenaan set asas Set Kecantikan Shaklee :

Vitamin C
- vitamin C dapat menangani kesan pendedahan matahari
- dapat mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas (antaranya asap dan pencemaran). radikal bebas ini akan merosakkan kolagen dan elastin yang menyokong struktur kulit, yang mana akan menyebabkan tanda-tanda penuaan sampai ke kita sebelum waktunya
- vitamin C Shaklee ini didatangkan dalam bentuk sustained release. Bermakna ia dilepaskan dalam badan secara perlahan-lahan sebanyak 100mg setiap jam.  Ini membolehkan vitamin C sentiasa berada dalam badan kita.
- 1 tablet vitamin C Shaklee ini bersamaan dengan 7 setengah biji oren (fuhhh memang hebat)
- vitamin C Shaklee ini di datangkan dengan  bioflavonoid iaitu bahan penting yang membantu penyerapan vitamin C dengan lebih baik.

Vitamin E
- antioksidan kuat yang dapat membantu mengurangkan kesan bahaya matahari ke kulit.
- vitamin E ini dapat membantu memgurangkan kedutan dan menjadikan kulit menjadi lembut
- mampu mengurangkan risiko kerosakan sel-sel yang menyebabkan kanser
- Vitamin E ini mengandungi Selenium.  vitamin E dengan Selenium akan memberikan kesan optimum
- mengandungi ekstrak biji anggur yang sangat berkhasiat seperti protein, polifenol.  kuasa antioksidan polifenol ini 20 kali ganda lebih baik dari Vitamin E itu sendiri dan 50 kali ganda lebih baik dari vitamin C.   Ini bermakna minyak biji anggur sangat berkesan untuk awet muda dan memelihara kecantikan dan keanjalan kulit.

B Complex
- vitamin B yang penting ialah biotin. Biotin merupakan nutrien yang membentuk asas kulit, kuku dan sel-sel rambut. Tanpa jumlah yang cukup, kadang kala boleh berlaku keguguran rambut.  Badan kita boleh menghasilkan banyak biotin yang boleh dapat melalui makanan. Antaranya pisang, telur, oat.
- mengandungi 8 vitamin, B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik & biotin.

Amacam, ada sesiapa terbuka hati nak cuba Set Kecantikan Shaklee ?  

Ok, sekarang kita tengok pula apa kesan-kesan yang pengguna dapat selepas mengamalkan Set Kecantikan Shaklee ni.

set-kecantikan-shaklee



Nampak tak. bezakan gambar-gambar mereka sebelum dan selepas mengamalkan Set Kecantikan Shaklee.


Kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba Set Kecantikan Shaklee ni boleh hubungi saya di nombor 017.603.9226

Imin Yusoff

Thursday 20 October 2016

WOW! 10 Kesan hebat ESP dalam Set Kecantikan Shaklee

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Harini saya nak buka topik berkenaan kesan hebat ESP pada diri sesiapa yang telah mengamalkanmya dengan konsisten.  Ingat tau, pengamal yang konsisten saje yang akan dapat merasakan bukan 1, tapi 10 kesan hebat ESP (malah mungkin lebih!).

ESP ni merupakan salah satu supplement yang terdapat dalam Set Kecantikan Shaklee. Ia melindungi sel-sel dari kerosakan dan juga bertindak sebagai anti oksida dengan menggantikan sel-sel yang baru.

Jom kita tengok 10 kesan hebat ESP :
  • kulit menjadi gebu dan cantik tanpa mekap
  • kulit menjadi cerah berseri dan tidak kusam
  • jerawat dan jeragat semakin memghilang
  • kulit menjadi semakin anjal dan lembut
  • kulit tidak berminyak dan tidak kering (semakin lembab)
  • liang pori semakin mengecil
  • whitehead dan blackhead semakin berkurang
  • tona kulit menjadi lebih sekata
  • tumit kaki yang pecah merekah kering makin menghilang
  • kulit badan cerah dan licin

Macam mana ye ESP ni boleh bagi kesan hebat untuk kulit yang cantik?
  • Sebabnya ESP ni ialah sumber protein.  Protein sering dikaitkan dengan keanjalan dan kecantikkan kulit kerana protein ialah komponen utama dalam proses baik pulih dan pembinaan tisu baru. 
  •  Tahu tak sel kulit kita ni diganti setiap 24 jam.  Sebab itulah kita kena memastikan protein yang berkualiti yang masuk ke dalam badan kita seterusnya membina sel baru yang lebih berkualiti. 
  • Protein juga merupakan bahan utama dalam pembentukan kolagen yang sangat diperlukan untuk mendapatkan kulit yang cantik.  Kolagen bertindak sebagai penghubung antara satu sel dengan sel yang lain, kerana itulah kita memerlukan bantuan dari protein yang berkualiti 
  • ESP ini diiktiraf di seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta diperkaya dengan 5 sumber vitamin, 4 sumber mineral da 9 asid amino penting.

Jom tengok feedback positif dari pengguna yang telah mendapat kesan hebat ESP untuk kecantikan kulit mereka




Seronokkan baca kesan-kesan hebat yang pengguna ESP ni dah rasa. Ok jom tengok bawah ni pulak gambar-gambar sebelum dan selepas pengambilan ESP secara konsisten.



Fuhhhh, dasyatkan. Tu antara testimoni yang ada tau. Wanita mana yang menolak tepi kecantikan diri?  Saya rasa takdelah.  Sesibuk mana pun wanita itu, tetap akan ada perasaan sikit dalam diri untuk kelihatan cantik berseri tanpa perlu menggunakan mekap yang tebal. Betul tak?

Pada sesiapa yang ingin sama merasai perubahan kesan hebat ESP jomlah cuba. Jangan risau jika ada setengah pengguna tidak gemarkan rasa soya.  Saya ada 20 resipi lain yang boleh dicuba untuk membuatkan ESP ni lebih mesra pada tekak anda.

Untuk penjimatan keahlian ataupun offer terkini, anda boleh hubungi saya di nombor 017.603.9226.


Imin Yusoff

Thursday 22 September 2016

Selamat ke produk muka yang kita guna?

Produk kosmetik bahaya? Kita pernah terfikir tak apa yang segala krim kita sapu ke muka tu selamat atau tidak. Jangan pakai sebarangan.  Memang banyak produk macamtu tau sekarang ni. Siap dapat yang jenis timbang kilo lagi okeh! Beli banyak dan masukkan dalam bekas sendiri dan tepek logo dan jual. Bahaya pada si pemakai. Sebabnya produk seperti ini kebanyakkan dari Thailand, tinggi bahan kimia. Sebab tu muka boleh flawless dalam masa beberapa hari je bila pakai produk tu.
Ha, nilah produk timbang tu.

Yang berdaftar dengan KKM belum tentu selamat 100%, sekurangnya risiko terdedah dengan produk kosmetik yang berbahaya adalah lebih rendah.  Ada je produk tempatan yang famous pun dah kena tarik balik sebelum ni disebabkan tinggi kandungan kimianya. Mesti pernah dengar hydroquinone kan.  Saya sendiri pernah guna produk yang ada bahan hydroquinone. Yelah dulu mana tau samgat pasal produk ni kan. Asal dijanjikan cepat muka cerah laju je beli.  Tapi muka saya jd pedih teruk gelupas merah semua.  Ehhh masatu tahan je. Dah lama baru keluar cerita bahan ni dilarang. Terus stop! Takkan nak ambil risiko kan.

Zaman sekarang ni dah byk info yang kita boleh dapat pasal sesuatu produk. Selamat ke tidak ke.  Ni cara yang sangat mudah. Boleh check sini produk yang kita guna tu berdaftar atau tak dengan KKM.

klik sini -> http://npra.moh.gov.my

Jangan terlalu taksub nak nampak cantik dengan jalan cepat, nanti rosak kulit muka. Pilihlah produk yang lebih selamat yang semulajadi. Antaranya Nutriwhite atau Enfuselle by Shaklee.  Pada sesiapa yang nak tau lebih lanjut berkenaan 2 produk dekat atas boleh pm saya.

Ok dah cepat klik link dekat atas untuk periksa produk kita guna selama ni selamat atau tidak.

Imin Yusoff
012.3414.966

Friday 16 September 2016

Set berpantang yang banyak kelebihan untuk ibu dan bayi

Biasa kita dengarkan orang yang baru lepas bersalin badan lesu penat semua. Memang betul tu. Sebab tu ibu-ibu berpantang perlukan set berpantang yang betul-betul boleh memberi faedah bukan hanya kepada ibu malah kepada bayi juga.  Oh ya, tidak terkecuali pada orang sekeliling.  contoh mudah, ibu yang dalam pantang, selain menjaga bayi, perlu juga menjaga dan menguruskan anak-anak lain yang masih kecil.

Baru-baru ini saya mencadangkan set bersalin kepada jiran saya. Jiran ni melahirkan anak yang ke 4 dengan kaedah ceasarean.  Saya pergi melawat beliau semasa hari ke 6 bersalin.  Memang masatu baru sehari baru balik rumah, belum makan apa-apa lagi set bersalin, badan lesu dan penat. Selain bayi, ada lagi 3 orang anak lain yang masih kecil perlukan perhatian.

Ok, di bawah ni whatsapp dari jiran saya seminggu lebih selepas amalkan set bersalin Shaklee


Di bawah ni set bersalin shaklee yang jiran saya ambil :
1. Ostematrix
- membantu menangani masalah sembelit
- mengatasi kekejangan otot dan kebas yang dialami ibu berpantang
- keperluan kalsium yang cukup untuk menghasilkan susu

2.  ESP
- membantu kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein dan memberi tenaga kepada ibu berpantang.

3.  Sustained release Vitamin C
- menyembuhkan luka tidak kira samada bersalin normal atau ceaserean
- membantu baik pulih sel tisu rosak selepas bersalin
- merangsang pembentukan kolagen untuk kulit cantik
- meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu terkena jangkitan demam dan selsema

4. Zinc
- membaik pulih luka jahitan
- membantu proses pengecutan rahim dan mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

Saya tumpang gembira untuk kawan saya ni. Alhamdulillah dia sangat berpuas hati dengan kesan baik dia dpt dengan berpantang menggunakan set Shaklee.

Sesiapa yang ingin sihat dan segar semasa dalam pantang boleh la hubungi saya.  Saya akan berikan set yang terbaik mengikut kesesuaian anda.

Imin Yusoff
017.603.9226

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...