Thursday 22 September 2016

Selamat ke produk muka yang kita guna?

Produk kosmetik bahaya? Kita pernah terfikir tak apa yang segala krim kita sapu ke muka tu selamat atau tidak. Jangan pakai sebarangan.  Memang banyak produk macamtu tau sekarang ni. Siap dapat yang jenis timbang kilo lagi okeh! Beli banyak dan masukkan dalam bekas sendiri dan tepek logo dan jual. Bahaya pada si pemakai. Sebabnya produk seperti ini kebanyakkan dari Thailand, tinggi bahan kimia. Sebab tu muka boleh flawless dalam masa beberapa hari je bila pakai produk tu.
Ha, nilah produk timbang tu.

Yang berdaftar dengan KKM belum tentu selamat 100%, sekurangnya risiko terdedah dengan produk kosmetik yang berbahaya adalah lebih rendah.  Ada je produk tempatan yang famous pun dah kena tarik balik sebelum ni disebabkan tinggi kandungan kimianya. Mesti pernah dengar hydroquinone kan.  Saya sendiri pernah guna produk yang ada bahan hydroquinone. Yelah dulu mana tau samgat pasal produk ni kan. Asal dijanjikan cepat muka cerah laju je beli.  Tapi muka saya jd pedih teruk gelupas merah semua.  Ehhh masatu tahan je. Dah lama baru keluar cerita bahan ni dilarang. Terus stop! Takkan nak ambil risiko kan.

Zaman sekarang ni dah byk info yang kita boleh dapat pasal sesuatu produk. Selamat ke tidak ke.  Ni cara yang sangat mudah. Boleh check sini produk yang kita guna tu berdaftar atau tak dengan KKM.

klik sini -> http://npra.moh.gov.my

Jangan terlalu taksub nak nampak cantik dengan jalan cepat, nanti rosak kulit muka. Pilihlah produk yang lebih selamat yang semulajadi. Antaranya Nutriwhite atau Enfuselle by Shaklee.  Pada sesiapa yang nak tau lebih lanjut berkenaan 2 produk dekat atas boleh pm saya.

Ok dah cepat klik link dekat atas untuk periksa produk kita guna selama ni selamat atau tidak.

Imin Yusoff
012.3414.966

Friday 16 September 2016

Set berpantang yang banyak kelebihan untuk ibu dan bayi

Biasa kita dengarkan orang yang baru lepas bersalin badan lesu penat semua. Memang betul tu. Sebab tu ibu-ibu berpantang perlukan set berpantang yang betul-betul boleh memberi faedah bukan hanya kepada ibu malah kepada bayi juga.  Oh ya, tidak terkecuali pada orang sekeliling.  contoh mudah, ibu yang dalam pantang, selain menjaga bayi, perlu juga menjaga dan menguruskan anak-anak lain yang masih kecil.

Baru-baru ini saya mencadangkan set bersalin kepada jiran saya. Jiran ni melahirkan anak yang ke 4 dengan kaedah ceasarean.  Saya pergi melawat beliau semasa hari ke 6 bersalin.  Memang masatu baru sehari baru balik rumah, belum makan apa-apa lagi set bersalin, badan lesu dan penat. Selain bayi, ada lagi 3 orang anak lain yang masih kecil perlukan perhatian.

Ok, di bawah ni whatsapp dari jiran saya seminggu lebih selepas amalkan set bersalin Shaklee


Di bawah ni set bersalin shaklee yang jiran saya ambil :
1. Ostematrix
- membantu menangani masalah sembelit
- mengatasi kekejangan otot dan kebas yang dialami ibu berpantang
- keperluan kalsium yang cukup untuk menghasilkan susu

2.  ESP
- membantu kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein dan memberi tenaga kepada ibu berpantang.

3.  Sustained release Vitamin C
- menyembuhkan luka tidak kira samada bersalin normal atau ceaserean
- membantu baik pulih sel tisu rosak selepas bersalin
- merangsang pembentukan kolagen untuk kulit cantik
- meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu terkena jangkitan demam dan selsema

4. Zinc
- membaik pulih luka jahitan
- membantu proses pengecutan rahim dan mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

Saya tumpang gembira untuk kawan saya ni. Alhamdulillah dia sangat berpuas hati dengan kesan baik dia dpt dengan berpantang menggunakan set Shaklee.

Sesiapa yang ingin sihat dan segar semasa dalam pantang boleh la hubungi saya.  Saya akan berikan set yang terbaik mengikut kesesuaian anda.

Imin Yusoff
017.603.9226

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...