Monday 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB


Salam & Hai,

Zaman sekarang yang serba mudah ni, dah banyak pakej berpantang disediakan bagi memudahkan ibu yang baru lepas bersalin untuk menguruskan diri dah bayi.





Pengasas The Walking Beauty Project, Puan Ainul Shahrazad.



Untuk pengetahuan anda, kami di The Walking Beauty Project (TWB) juga menyediakan pakej-pakej berpantang mengikut kesesuaian dan bajet semua.  




Di bawah ini merupakan  10 sebab kenapa anda perlu memilih pakej berpantang TWB
____________________________________________



1.  Selain dari pakej penjagaan ibu dan bayi semasa di dalam pantang, kami turut memberikan set menyusu Shaklee.  Ini untuk membantu bayi anda mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi melalui susu ibu.


 2.  Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai nutrisi apa yang baik sewaktu di dalam pantang, kami dapat membantu menerusi info yang kami dapat melalui nutritionist yang berpengalaman.  


3.  Produk set menyusu dan bepantang yang kami berikan sekali di dalam pakej berpantang ini terbukti secara klinikal dapat membantu si ibu yang dalam pantang untuk mendapat zat dan nutrisi yang baik, sekaligus membuat si ibu berasa lebih sihat dan tenang.


4. Kami mengamalkan dan menggunakan ilmu berpantang yang hebat yang mana kami belajar melalui Cikgu Yeni yang telah berpengalaman melebihi 20 tahun dalam menguruskan ibu-ibu berpantang. Beliau juga telah mengikuti kursus-kursus berpantang lain dan memiliki sijil SKM. 


5.  Kami menyediakan khidmat untuk ibu berpantang serta bayi dengan kos yang mampu milik.


6.  Kami dapat memberikan tips-tips dari ilmu nutrisi yang sesuai dengan ibu yang berpantang, ini kerana kami di TWB menggunakan set berpantang dan menyusu dari Shaklee.


7.  Ibu berpantang akan lebih bertenaga, berseri dan cergas kerana khidmat pakej pantang TWB ini luaran dan dalaman menggunakan produk yang mempunyai ujian klinikal.


8.  Disebabkan komitmen yang tinggi, menguruskan anak lain yang masih bersekolah,  ibu yang berpantang sendiri, masih mampu untuk berada di rumah sendiri, berpantang di rumah sendiri, dengan bantuan kami yang menawarkan pakej berpantang TWB ini. 


9.  Samada bersalin anak pertama atau anak yang kedua, ketiga atau seterusnya, ibu berpantang masih perlu bantuan dari orang lain. Pakej berpantang TWB merangkumi urut, tungku, sauna, tangas kering dan basah (mengikut permintaan), pemakaian bengkung, param, pilis dah tepel kami juga mempunyai campuran herba tradisional dan moden yang pastinya terbaik untuk ibu berpantang.


10.  Salah satu dalam set berpantang yang kami sertakan adalah milk booster untuk para ibu.  Susu yang bernutrisi, pekat dan banyak sangat elok untuk pembesaran bayi.



Pakej Berpantang TWB ni sememangnya kami tekankan dengan set berpantang Shaklee yang terbukti sangat berkesan untuk para ibu.  Ini kerana bukan luaran sahaja yang perlu dititik beratkan, dalaman juga perlu diberi nutrisi secukupnya untuk sel-sel badan cergas dan hasilnya badan akan kelihatan lebih cergas dah bermaya.


Ok jom kita tengok feedback dari mereka-mereka yang menggunakan set pantang Shaklee.









Amacam.  Nampak tak kenapa kami menggunakan set berpantang TWB dalam pakej kami.  Kerana kami ingin memberikan yang terbaik untuk para ibu di luar sana.  Bukan ibu sahaja yang sihat, malah bayi pun akan turut membesar dengan sihat.



Imin Yusoff
A Member of The Walking Beauty Project
017-6039226



Tuesday 2 October 2018

CONFINEMENT LADY vs JAGAAN MAK

Salam & hai,




Jika dahulunya, penjagaan ibu sendiri atau ibu mertua menjadi praktis bagi wanita di dalam pantang, tetapi di zaman ini, pilihan boleh dibuat. Pergerakan sosiobudaya serta ekonomi menyaksikan peranan ibu diambil alih Confinement Lady yang menjalankan perkhidmatan dari rumah ke rumah.

ini bukanlah kerana kurangnya kepercayaan terhadap peranan dimainkan golongan terdahulu, tetapi disebabkan ramai wanita kini berkerjaya dan tinggal berjauhan dari ibu bapa mereka. Ditambah pula faktor kekangan masa untuk pulang ke kampung serta ibu yang sudah tua dan uzur.


APA PERBEZAAN BERPANTANG DENGAN CONFINEMENT LADY DAN JAGAAN MAK


CONFINEMENT LADY

1.  Para suami tidak dapat untuk menjaga ibu dan bayi dengan bercuti lama.  Di sini lah perkhidmatan Confinement Lady diperlukan.

2.  Mengurut ibu untuk memulihkan kembali aliran darah, me­ngeluarkan angin dan bendalir kotor, melawaskan nifas, menenangkan emosi, meringankan badan dan memulihkan semula ketahanan badan si ibu. 

3.  Rawatan bertungku yang dibuat oleh Confinement Lady akan dapat melancarkan perjalanan darah nifas serta meredakan rasa sakit badan. Apabila perjalanan darah lancar, wajah kembali berseri dan segar. Bagi ibu bersalin, bertungku mengurangkan sakit urat dan mempercepatkan pengecutan rahim. Param pula dapat melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit dan menjadikan tubuh kembali seperti sedia kala.

4.  Memakaikan bengkung kepada ibu.  Ianya dapat memberikan kesan menyeluruh terhadap kesan lebihan lemak pada bahagian perut, pinggang dan paha. Ia juga dapat membentuk badan kembali normal serta mengelak perut menjadi buncit.

5.  Menyediakan perkhidmatan tangas.  Tangas digalakkan untuk membuat kerana ia dapat membuang angin seterusnya mengecutkan faraj dan rahim. Paling penting bertangas dapat menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. 

6.  Pakej penutup pantang pula biasanya si ibu berpantang tadi akan akan diurut lagi, urut lulur dan body scrub, mandian aura bunga serta sesi facial bagi menaikkan lagi seri ibu tadi.

Kesemua di atas ini akan dibuat oleh Confinement Lady.  Ada juga yang menjalankan perkhidmatan tinggal bersama selama mana yang customer mahukan.  Dan skop kerja sudah tentu lebih meluas.  Penjagaan bayi, memasak untuk ibu, urusan mengemas rumah, membasuh pakaian. 

Terpulang kepada ibu tadi memerlukan perkhidmatan yang bagaimana mengikut bajet.


JAGAAN MAK

1.  Walaupun wanita berpantang lebih selesa dengan penjagaan dari ibu sendiri, tetapi hakikatnya mak-mak semakin berumur.  Kekuatan dan tenaga mereka untuk menjaga anak dan cucu juga tidak kuat seperti dulu.

2.  Sekiranya memillih jagaan mak, suami dan isteri berpantang tadi mestilah mengambil kira kos elektrik, makanan dan minuman wanita berpantang itu, serta kepenatan mak-mak yang perlu menyediakan keperluan tersebut.

3.  Mak-mak juga perlukan rehat yang cukup sesuai dengan usia mereka.



Ada juga yang berpantang di rumah mak masing-masing, tetapi tetap mengambil perkhidmatan Confinement Lady sepanjang tempoh berpantang.  Cara ini dapat meringankan beban mak yang dah berumur tadi untuk 100% menjaga anak yang di dalam pantang dan cucu yang baru lahir.


Bagi mereka yang ingin mengambil Confinement Lady sewaktu berpantang, ianya lebih mudah kerana anda boleh berpantang di rumah sendiri, tidak perlu berjauhan dengan anak-anak lain serta suami sekiranya berpantang di kampung di bawah jagaan mak.


Kami di The Walking Beauty Project (TWB) juga ada menyediakan perkhidmatan Confinement Lady.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya, dan sekiranya anda juga ingin mengikuti kursus penjagaan berpantang pun boleh hubungi saya kerana kami juga menyediakan kursus tersebut.



KLIK DI SINI untuk menghubungi saya.



Imin Yusoff
A Member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project


Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...