Thursday 16 August 2018

Hebatnya Facial dengan team Spa TWB

Salam & hai,


Anda ada masalah untuk keluar pergi facial?
Nak tinggalkan anak, nak keluar cari parking, nak kena bersiap semuanya.  Macam masalah kecil je kan tapi anda nak sangat relax, manjakan diri untuk facial, untuk merasa spa.  Yelah badan dah penat bekerja kan mesti ada masa nak rileks macam tu kan.


Tahu tak yang anda boleh merasai facial di rumah sahaja tanpa perlu ke spa?
 Iye, memang boleh. TWB lah jawapannya!


The Walking Beauty Project (TWB) ni ialah mobile spa.  Spa bergerak tanpa kedai.  Maknanya bila-bila anda perlukan nak merasa facial sambil santai-santai di rumah sendiri, anda boleh hubungi mana-mana beautician TWB yang berdekatan.  

Eh bukan dekat rumah je tau, saya sendiri pernah pergi ke pejabat buat facial.  Lunch time Jumaat kan 2 jam, haa ramai yang ambil kesempatan berfacial waktu lunch macam tu.  TWB kan mobile spa, spa bergerak, kami lah yang bergerak ke tempat customer kan.


Kan dah jimat masa anda untuk ke spa berfacialkan. Selesai dah masalah tu. hehe


Best kan duduk kat rumah pun sempat berfacial. Facial kami bukan sebarang facial tau.  Facial TWB ni kami guna skincare yang saintis dah lakukan selama 8 tahun kajian!  Haa bukan sekejap tau.  Ambil masa 8 tahun nak hasilkan.



YOUTH Skincare dari Shaklee




APA YANG MENARIKNYA YOUTH NI?

YOUTH ini tidak dibuat ujian ke atas haiwan.  Ianya 100% semulajadi dari tumbuhan, dermatology tested dan juga opthalmologist tested.  


Kajian opthalmologist ni membuktikan bahawa mereka yang sensitif di bahagian mata ada kala akan mengalami masalah dengan sesetengah skincare, tapi tidak dengan YOUTH.  Terbukti selamat tau.




Malah YOUTH juga terbukti bebas 2500 bahan kimia berbahaya yang mana boleh merosakkan kulit seseorang.



Sebelum YOUTH dikeluarkan, kajian telah dijalankan ke atas sebilangan pengguna.  Kesan dari ujian tersebut, terbukti terdapat perubahan 100% ke atas kulit mereka, malah 2/3 daripada pengguna tersebut kelihatan 10 tahun jauh lebih muda dari usia sebenar.

Skin Age Index digunakan oleh saintis Shaklee untuk menentukan perubahan kulit para pengguna tersebut. Memang betul-betul diukur secara saintifik perubahan kulit tau.  Skin Age Index ini mengukur penampilan tanda-tanda utama penuaan dengan data klinikal, antaranya:-

- kedut di muka
- tekstur kulit
- saiz liang pori
- hiperpigmentasi
- tona kulit
- seri wajah
- keanjalan
- kendur





4 bahan utama di dalam produk YOUTH Skincare



✔LotusJaponicus & Ekstrak Buah Schisandra Chinensis. 
Lotus Japonicus digunakan Untuk menjana semula sel-sel untuk menghasilkan lebihbanyak kolagen dan menghasilkan kulit lebih anjal.
Ia digabungkan dengan Ekstrak Buah Schisandra Chinensis untuk memberi lebihbanyak nutrien dan tenaga pada kulit.

Kalau ada yang ingat, Buah Schisandra ni digunakan dalam DTX Complex untukbantu regenerate sel hati. So dalam Youth, semestinya bantu generate sel kulit.


✔MuscadineGrape
Semua tahu kan produk paling power Shaklee,Vivix! Dalam Vivix ada Muscadine Grape.
Kalini Shaklee masukkan dalam Youth! Gabungan polifenol anggur muscadine yang ditunggu-tunggu, didapati dalam setiapproduk Youth. 

Ia berfungsi membaiki DNA dalam kulit anda sambil menghalang kerosakan kolagendan elastin. Wow sangat!


✔VitalRepair® + Complex
Multi-paten Advanced Vital Repair + Complex menyediakan nutrien antioksidan danvitamin penting untuk menghalang radikal bebas yang merusak kulit danmenggalakkan pertumbuhan sel yang sihat.



✔Apple Cell Extract & Gentle Vitamin A
Mempercepatkan lagi penghasilan sel baru. Meremajakan kulit! Jadinya kulit lebih berseri Dan lembut.



Haa gempak kan YOUTH ni.  Dah produk gempak, hasil mestilah sama naik hebat kan.
Jom tengok gambar customer spa saya sebelum & selepas berfacial dengan YOUTH.



Ni anak buah di Kuantan. pergi beraya pun sempat facialkan dia




kakak ex-office mate.  Dah berhenti kerja masih contact sebab nak facial. hehe




Customer muda ni. Baru berumur awal 20-an. Kulit bermasalah jerawat. Nampak beza kan gambar kanan tu



Kakak sepupu di Kuantan. Business woman yang sangat busy. Pun sempat berfacial dengan YOUTH masa raya baru ni. Nampak jelas kan sekali facial garis-garis halus di dahi berkurangan 


Amacam best kan? 
Mobile spa yang memang bergerak ke sana ke sini memenuhi permintaan customer.

Penggunaan YOUTH skincare yang ternyata selamat.

Nak berfacial? Boleh contact saya.

Nak join team TWB mobile spa kami? pun boleh contact saya.  

Boleh hubungi saya di sini. 
Klik sini ---> Mobile Spa TWB


Imin Yusoff
Beautician & Certified Trainer
The Walking Beauty Project
017.603.9226

Wednesday 8 August 2018

Bisness Mobile Spa TWB

Salam & Hai,


Wanita di luar sana yang masih tercari-cari pekerjaan tetap atau pun secara sambilan tahu tak yang anda semua boleh membuat bisness mobile spa (spa bergerak).  Dan percaya tak kalau saya katakan bisnes mobile spa adalah bisnes yang mudah untuk anda menambah pendapatan.


+
Beautician yang bergerak dengan bisnes mobile spa


Dan anda tahu tak untuk membuat sesuatu pekerjaan tu, kita ambil contoh mobile spa ni lah ye, perlu ada support group yang kuat.  Support group yang terdiri dari ramai lagi wanita lain yang mempunya misi dan matlamat yang sama.  

Ini kerana ada sebilangan wanita yg bergerak secara bersendirian, akhirnya semangat dan langkah mereka terputus di tengah jalan.  Kerana tiada bimbingan, sokongan, galakkan dan idea dari orang lain.





Support group mobile spa
Macam kami di mobile spa The Walking Beauty (TWB), kami ada support group yang kuat.  Tak kiralah yang baru join atau lama mesti ada isu yang berbangkit, nak tanya itu ini, nak tips itu ini kan.


Tips ni kadang-kadang tak minta pun akan diberi.
 Haa, punya lah support each other kan.



Nak tau apa yang lagi best buat mobile spa bila ada support group ni?
Ni lah jawapan dia.  Instant cash yang anda dapat selepas servis spa ke customer.  Instant cash ni jumlahnya bergantung pada apa servis yang anda buat, berapa kerap anda buat.

Jom tengok bawah ni.













Ha nampak.  Tu semua semangat untuk ahli-ahli lain sama-sama buat kerja mobile spa ni tau.  Benda macam ni memang secara langsung atau tak memang boleh naikkan semangat yang untuk terus buat mobile spa.

Instant cash ni memang pushing factor la untuk orang lain bergerak sama.  Kalau anda rasa waktu tu perlukan duit lebih, anda usahakan buat spa banyak, dapatlah instant cash tu.

yelah kerja mudah kan.  Ibu mengandung pun sempat je buat.  Tak semua dalam  team mobile spa TWB kami sepenuh masa buat ni tau, ramai lagi yang buat secara part time je. 

Ada masa ada yang akan share tips macam mana nak buat kerja spa sewaktu hari bekerja.  Kan bagi jalan dan idea pada orang lain kan.  Walaupun dah ada gaji sendiri setiap hujung bulan, tapi bila tiba-tiba dapat instant cash tgh bulan ke, di saat gaji tengah menyusut, sangat membantu kan.

Sebab tu saya katakan pentingnya buat kerja mobile spa yg ada support group ni.
Bila anda down tak tahu macam mana nak buat pakej pun akan dibantu.  Jangan risau lah bab tu.

Ada sesiapa di luar sana yang nak bersama team kami di TWB?

Jom la join kami. Sangat mengalu-alukan ahli baru. 😉  Boleh whatsapp saya dengan klik link di bawah ni untuk sebarang pertanyaan tau.



Imin Yusoff
Beautician and Certified Trainer
The Walking Beauty Project
017.603.9226








Saturday 4 August 2018

TWB The Glamorous Mobile SPa

Salam & Hai, 


Entry kali ni saya nak cerita apa yang glamournya mobile spa TWB ni.




Untuk pengetahuan yang belum tahu lagi berkenaan The Walking Beauty Project (TWB), ini adalah projek spa bergerak (mobile spa) yang memggunakan sepenuhnya produk Shaklee dalam spa.

Mungkin ada yang berfikiran, tak glamour kot kerja buat mobile spa ni. Eh, percaya tak TWB ni lain tau. TWB ni Glamorous Mobile Spa. Sebab apa glamour?  Ha ini antara sebabnya :-

--> trip tahunan ke luar negara
     2015 = Melbourne 
     2016 = Perth
     2017 = Maldives
     2018 = Paris insyaAllah hujung tahun ni.


--> 5 penjuru income
iye betul.  Spa TWB ni ada 5 penjuru income tau.  Satunya memang direct dari servis spa, yang lagi 4 tu sewaktu training baru kita reveal.  Tak buat kerja spa pun tetap boleh dapat income tau.


-->   produk Shaklee
Kami di TWB menggunakan produk Shaklee dalam spa kami. Bukan sebarangan produk tau, kami guna produk yang ada ujian klinikal, yang memang glamour! Ha, amacam, mantap kan. hehe


Tu saya bagi antara sebab kenapa TWB ni spa yg glamorous.  Nanti saya ceritakan lagi apa yang best dan special TWB ni ye.  



Imin Yusof
The Walking Beauty 
Certified Beautician & Trainer
017.6039226









Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...