Friday 30 March 2018

Saat Magika Bersama TWB

Salam,




Entri kali ni nak cerita pasal SAAT MAGIKA BERSAMA TWB.  Nampak kemain lagi kan namanya. Apa yang magiknya? Spa je kot?



Ishh, Spa je?

Itu lah nak cakap ni, team spa The Walking Beauty (TWB) ni lebih dari sekadar spa.  Bukan spa biasa-biasa tau.  Saya sendiri dah banyak merasa SAAT MAGIKA BERSAMA TWB ni.


Saya join spa TWB ni 3 bulan selepas berhenti kerja sebagai Secretary di sebuah syarikat pharmaseutikal.  Kerja office ni semua orang tau gaji cukup bulan ada je dalam bank kan.  Dapat gaji banyaklah cabang yang dikeluarkan balik untuk bayar komitmen yang memang dah "wajib' tiap bulan.  Dah biasa dapat gaji tetap tiap bulan tiba-tiba jadi suri rumah, haa macam mana tu.




Percaya tak yang MAGIKNYA saya walaupun telah berhenti kerja saya masih dapat mengeluarkan sejumlah wang untuk komitmen bulanan.  


Sini saya senaraikan apa yang saya NIKMATI, saya DAPAT dari spa TWB, nak senang cakap antara SAAT MAGIKA BERSAMA TWB tulah.

1.  Walaupun suri rumah saya masih dapat memberi wang belanja untuk mak ayah (duit sendiri tau bukan duit yang suami bagi).

2.  Pernah kereta rosak, suami takde, ratusan juga kosnya, alang-alang dah pergi sendiri bengkel masatu, bayar jelah terus.

3.  Bab instant cash tak perlu cakap sangat lah.  Dah nama servis spa kan, memang bila ada appointment yang tiba-tiba (ni passing customer) , tiba-tiba dengan magiknya jugalah kita akan dapat duit. 


Bab passing customers ni hanya dengan spa TWB tau. Sebab kami ada support group yang bergerak bersama. Support group ni banyak saya tulis dalam entri yang lepas-lepas.  Ni beza sangat dengan spa lain.

4.  Orang lain berhenti kerja mungkin dengan tiada komitmen hutang bank. Saya masih ada! Adoiii. Bukan sikit-sikit.  Tapi Alhamdulillah saya masih boleh membayar komitmen bank dengan duit yang dapat dari spa TWB.

5.  Saya pernah diuji dengan anak kecil yang sakit hampir sebulan awal Januari lepas. Untungnya diberi jalan menjadi ahli TWB, saya yang suri rumah ni dapat menjaga sepenuhnya anak yang kecil yang sakit ni sepanjang masa. Dan ada masa duit tetap masuk walau sebulan tak dapat keluar buat spa sebab menjaga anak sakit tu. (haaa yang inilah menarik sangatnya, income 4 penjuru cuma boleh dapat dengan spa TWB. Ni pun magik gak ni tau, tak keluar buat spa tapi ada duit masuk, camne tu)

6.  Kerja spa tetap kerja spa.  Dengan spa TWB ni saya dapat bagi free servis spa dekat suami, mak, adik, anak.  Free je kan, tak payah lah nak keluar mencari spa. Ni rasanya magik lebih pada mereka je ni. hehe

7.  Flexible time. Ni pun boleh dikira saat magika bersama TWB tau.  Ada masa-masa yang saya dapat menjenguk ibu mertua yang tak sihat sebab kami tinggal agak dekat, makanya sementara nak tunggu anak balik sekolah sempat pergi melawat beliau.  Flexible kan masanya.

8.  Magik lainnya dengan spa TWB nikan, saya dapat menjaga kebajikan anak-anak kecil ni dengan tangan sendiri.  Yelah dulu masa zaman kerja Maghrib baru sampai rumah.  Anak ada exam pun pernah tak sempat nak buat revision.  Result dia drop. Saya tak salahkan dia, saya salahkan diri sendiri, sebab saya balik kerja dah pukul berapa, buat itu ini masa singkat nak buat revision bersama.

Pernah juga yang sulong ni demam, dia sendiri minta saya berhenti kerja dengan harapan waktu balik sekolah, dapat balik sama, dia banyak masa dengan saya. Luluhnya hati dengar dia cakap.

Pernah juga balik agak lambat, terlewat ambil anak-anak di Taska. Dia tulis nota, "KENAPA MAMI AMBIK LAMBAT, RAMAI ORANG DAH BALIK, DAH GELAP MAMI BELUM SAMPAI". Sedih ya amatlah masa ni Allah je tahu. 😭

Rasa bersyukur sangat-sangat tau ada jodoh dengan spa TWB ni.  Saya punyai banyak masa, ruang dan peluang untuk menjaga urusan keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar ni.

Saya memang jenis yang tak pandai bahagi masa waktu bekerja dulu, sebab tu saya tak boleh kerja dengan terikat waktu office ni, saya kena buat konsep Working-at-home-mom je. 😊


Haa, ada lagi Saat Magika Bersama TWB ni.  Umum mesti bayangkan orang yang kerja spa ni, tangan lembut gemalai je ke masa buat spa kan. Isk isk isk.. ketahuilah sesungguhnya saya ni jenis kasar luarannya.  Memang tak reti lah nak mengulit-ulit usap muka orang bagai ni.

Tapi kan, lepas jumpa Puan Ainul (Founder TWB ni) dan setelah berkursus dengan dia ilmu spa ni, magiknya saya reti lah nak buat kerja-kerja spa ni, walaupun pada mulanya agak kekok.  

Macam orang biasa cakap la pejam mata pun boleh buat! Tapi jangan mengada nak buat facial ke customer pejam mata, ada pulak yang termasuk mulut sabun cleanser tu kang sebab salah sapu. hehe.. Ni contoh je nak bagi tahu yang magiknya saya yang serba tak reti, tapi lepas kita belajar ilmu spa TWB ni sebenarnya mudah untuk kita buat kerja-kerja spa.


Eh ada lagilah magiknya.  Kan kami semua ahli spa TWB ni ada support group, selain ilmu spa, Founder ni tak lokek ilmu untuk share ilmu lain tau. Magik lah ni. Dah habis kursus spa bertahun pun, tapi ilmu tu masih kerap diberitahu di dalam support group. Takdelah kita ni tersasar landasan kan.


Antara yang saya suka, dalam group spa TWB ni, selain ilmu marketing itu ini, Founder juga seringkali mengingatkan kami dengan marketing rohani.  Selalu ingatkan kami yang Allah yang beri rezeki, "ok tidur awal guys bangun tahajud", "ok korang dah buat Dhuha belum", "korang zikir selalu" "itu ini itu ini".  Weh,lain weh.  lain! Memang rasa, iskk group macam ni yang saya nak selama ni. Bukan yang asyik tekan pasal kerja, pasal sales semata, dia tekankan bab macam ni sekali.  Nampak tak kenapa saya sayang sangat dengan TWB ni, lillahiTaala.


Kalau ikutkan banyak saat magika lain yang saya dapat dengan TWB. Tapi rasanya cukuplah saya share sini antaranya apa yang saya dapat, rasa dengan TWB ni.


Jom, siapa nak tahu lebih pasal kursus spa TWB ni boleh tekan link bawah ni.  Pakej belajar spa TWB makin menarik tau! RM1,999 anda dah dapat semua keperluan spa.  Habis kursus angkat je bag spa yang mana dalam tu dah ada semua barang untuk terus jalankan kerja spa.

Ish, memang menarik sangatlah.
Tekan link bawah ni cepat, kita dapat borak lebih pasal ni.

klik bawah ni tauπŸ˜‰
Spa TWB


Imin Yusoff
Certified Trainer
The Walking Beauty Project







Thursday 22 March 2018

Kursus Spa Bergerak yang mudah dan praktikal



Salam, 

Zaman sekarang ni semua orang nak yang mudah je kan. Termasuklah cara yang mudah dan praktikal untuk mencari pendapatan sampingan. 


Kalau cerita pasal kursus spa mesti ramai yang bayangkan kursus berhari-hari, siang sampai ke malam, susah nak gerak sebab takde siapa nak tolong jagakan anak-anak.


Ok ni nak bagi tahu ni, kursus spa bergerak dengan kami di The Walking Beauty Project (TWB) sangatlah mudah!  Cuma makan masa sehari je.  Anak? lahh boleh bawa sekali anaklah.  Kursus spa bergerak dengan TWB ni walaupun sehari tapi kami jamin ianya sangat praktikal sebab kursus akan dibuat one to one, hands on.


Dengan The Walking Beauty ni, ada 5 kursus spa yang akan diajar :-

1)  Facial
2)  Sauna
3)  Body scrub
4)  Aroma milk bath

5)  hand and foot spa


Hanya facial yang akan dibuat secara praktikal, yang lain hanya teori.  Walaupon cuma teori untuk 4 kursus yang lain, tetapi dijamin anda akan ingat seumur hidup.  Sebab tu pentingnya support group.  Akan selalu ada info, tips, pertanyaan berkenaan spa.  Ha, ni namanya continous learning process kan.




Kursus Spa bergerak The Walking Beauty (TWB)



Dalam team The Walking Beauty, kami semua dimasukkan ke dalam support group bersama beauticians lain yang sama misi, iaitu menambah pendapatan dengan membuat full time / part time spa.  Sebab tu kami sentiasa bersemangat tau!



Jom tengok sedikit testimoni dari team kami


Baru habis training terus boleh dapat customer




Lagi sorang ahli TWB.  Baru habis training terus pulun dapat customer



Kursus spa yang praktikal. 4 orang student berkursus di malam hari sebab siang agak sibuk dengan urusan lain





Nak tau, sebenarnya kan kursus spa bergerak The Walking Beauty ni bukan sekadar spa tau.  Anda akan dapat menikmati peluang untuk mendapat 4 penjuru income, dan kadang-kadang boleh jadi 5! Haa macam mana pulak tu? 

Jom daftar dulu, masa berkursus akan diberitahu apa dia penjuru income yang lain tu.


Berapa yuran nak daftar kursus spa The Walking Beauty ni?  Bulan ni yuran masih lagi  RM1,299.  Tapi tak pasti lah sampai bila Puan Founder akan kekalkan harga ni.  Kena grab cepat ni!

Dengan yuran ni, anda akan dapat produk-produk Shaklee yang super power tau.
yelah TWB ni Spa Shaklee, makanya dapatlah produk Shaklee yang telah diuji secara klinikal tau, haaaa kami di TWB tak guna sebarangan produk untuk spa kami.



CEPAT CEPAT, JANGAN DOK TUNGGU-TUNGGU LAGI.
RAMAI DAH MERASA SENANGNYA BUAT DUIT DENGAN SPA TWB NI.


WHATSAPP SEKARANG!.


KLIK SINI, KITA BORAK-BORAK




Sunday 11 March 2018

Jom cegah Osteoporosis



Anda ada masalah di bawah ni tak :-

> bangun pagi sakit-sakit badan

> kejang kaki

> insomnia

> gangguan saraf

> kelesuan / kerap letih

> kuku dan rambut yang rapuh

> gigi rosak

> sakit belakang

>  tidak lena tidur

>  kekejangan otot






Ha, ni contoh kurang kalsium. hehe. Kita tak nak kan jadi camni



Masalah di atas adalah tanda-tanda bahawa bank kalsium pada tulang anda semakin berkurangan.  


Ramai orang tidak tahu yang badan mereka kekurangan kalsium sehinggalah sesuatu terjadi kepada mereka, contohnya seperti terjatuh dan tulang retak.  Hish, kita tak nak lah dah sampai tulang kita retak baru nak datang kesedaran kan.


Pernah dengar tak osteoporosis.  Ianya BUKAN penyakit yang boleh disembuhkan tetapi ia dapat DICEGAH.  Ni kategori penyakit senyap dan serius tau.  Kebanyakkan orang hanya mengetahui mereka menghidapinya selepas mengalami retak atau tulang patah.


Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.  Takut jugak kita kalau jadi macam ni kan.

Walaupun banyak berlaku di kalangan wanita, tidak bermakna lelaki terlindung daripada osteoporosis. Namun, lelaki mempunyai kelebihan yang memberi lebih perlindungan daripada penyakit tersebut di mana kebanyakan lelaki menjalani cara hidup aktif dan secara semula jadi mempunyai jisim tulang yang lebih tinggi berbanding wanita.



Kita selalu beranggapan yang kalsium ni tahap umur tertentu je perlukan.  Contohnya, bayi yang nak membesar, ibu menyusu, ibu hamil dan warga emas.  Hakikatnya, keperluan kalsium adalah pada semua peringkat umur.  



Masa peringkat umur bayi dan meningkat dewasa, kita perlukan kalsium untuk ketinggian, untuk membesar dan memampatkan tulang.


Sehinggalah umur kita mencecah 30an, penyimpanan jisim kalsium kita berada di tahap tertinggi.  Kiranya sewaktu ini kita sangat perlu mengambil kalsium yang cukup untuk tabung tulang kita.


Ianya untuk persediaan hari tua kita jugak.  Ini kerana selepas pada tahap umur tersebut, kalsium akan ditarik dari tabung kalsium kita.  Sekiranya kita tak dapat kalsium harian yang cukup, ini akan menyumbang pada osteoporosis  Seperti keretakan tulang sekiranya terjatuh, bongkok pada usia 40-an ke atas atau pun gigi yang mula akan luruh dan rosak.


Anda tahu tak, otot-otot pada badan kita ni perlu kalsium.  Tak kira waktu. Samada kita bergerak, kita berjalan, semasa kita mengangkat barang, semua pergerakan memerlukan kalsium yang ada dalam badan kita.


Pendek cerita, kita ni bergerak je, badan akan guna kalsium. Nampak tak, betapa penting tak kalsium ni?




Kita ni kena pastikan pemakanan kita betul supaya tulang kita mendapat kalsium yang cukup.  Selain susu, makanan yang menyumbang pada kalsium ialah keju, yogurt, sayuran hijau, kacang soya, oatmeal (antaranya).

Tetapi perasan tak yang walau sebanyak mana pun kita makan, adakah mencukupi keperluan kalsium harian?  Berapa peratus saja yang diserap ke tulang-tulang kita?

Dan tahu tak, kita memang boleh mencukupkan keperluan kalsium harian kita dengan pengambilan Ostematrix.  Ostematrix ni supplement dari Shaklee.

Supplement ni fungsi dia mencukupkan kekurangan nutrisi yang kita tak boleh dapat dari makanan harian kita.  Ramai orang yang dah mengamalkan Ostematrix dapat mengurangkan tanda-tanda kekurangan kalsium seperti yang saya sebut di awal entri.



Cuba tengok bawah ni. Apa kata mereka yang dah mengamalkan ostematrix ni











Wahhhhhh seronok kan rasa.  Sangat membantu masalah kesihatan ramai orang tau Ostematrix ni.



APA SEBENARNYA OSTEMATRIX NI?

Ostematrix ialah supplement yang membantu melengkapkan keperluan kalsium harian anda.


Makan Ostematrix ni tak wajib tapi pengambilan kalsium optimum bagi seorang dewasa ialah 1000mg sehari.  Agaknya lah kan dapat ke kita pastikan makanan kita cukup 1000mg kalsium?

Adakah semua sumber kalsium yang kita ambil dari  makanan tu diserap semuanya?


Bahan utama dalam Ostematrix ialah Kalsium, Magnesium dan Vitamin D yang mana ianya telah diuji secara klinikal.  Selain itu terdapat juga zinc, Copper, Manganese, dan Boron tapi dalam peratus yang amat sedikit.



KENAPA BANYAK BAHAN LAIN SELAIN KALSIUM DALAM OSTEMATRIX?

Sebabnya campuran kesemua bahan di atas bila diambil bersama sangat membantu dalam penyerapan optimum yang baik pada badan.  Dan ianya menghalang berlaku endapan sesetengah mineral.

Anda tau tak kalsium ni mineral yg keras tau.  Tanpa campuran bahan lain yang disebut di atas tadi, kemungkinan besar zat itu tak dapat diserap dengan baik, boleh tertinggal di dalam badan. Kita tak nak ada benda-benda asing yang tertinggal dalam badan kan.  Sedangkan toksin pun kita nak nyahkan dari dalam badan kita ni.


Ok, jom tengok apa fungsi setiap satu bahan dalam Ostematrix.  Ini untuk setiap kali pengambilan (4biji) :-


1) Kalsium  - Sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap.

2) Magnesium  - Bantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka

3) Vitamin D  - Merangsang penyerapan kalsium

4) Boron - Bantu dalam metabolisme tulang

5) Mangan, copper dan Zink - Mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.


Nampak kan setiap satu bahan tu menyokong antara satu sama lain.  Kiranya ni kita guna istilah BFF pada kalsium.


Kiranya jika ambil kalsium semata ibarat batu bata yang disusun tanpa dilekatkan.  Bayangkan kita bina rumah. Kita susun batu bata tu. Kita tolak, senang jatuh kan?
Nak bagi kukuh dan kuat, Kita perlu letak simen, plaster.

Sama lah macam Kalsium ni. Bila kita ambil sekali dgn magnesium, vitamin D dan bahan lain tu, batu bata (kalsium) makin diperkukuh dan kuat dalam badan kita.  Barulah lebih PADAT dan TUMPAT.



Ok katakan amalkan susu untuk kalsium dalam badan.  1L susu =RM8. Tahan 3 hari. Sehari lebih kurang RM2.65 la.


Kalau OsteMatrix, sebiji lebih kurang RM0.50 je. Kalau sekali hidangan baru RM2.00.  Lagi murah kan?  Lagi berbaloi.  Berbaloi bukan pada harga sahaja tetapi juga pada daya penyerapan, kerana susu tiada "BFF" macam ostematrix.


JADILAH PENGGUNA YANG BIJAK. Hehe


TULANG TUMPAT TU APA?

Selalu orang cakap "alah, tak ambik kalsium pun kuat je aku nih".

Tapi bila tiba-tiba jatuh gedebuk, sakit ya amat, bawa pergi hospital, doktor sahkan tulang patah, tulang hancur, takutkan kalau jadi macam tu.


Lagi satu, bila tulang kurang mampat, kita senang BONGKOK sebab graviti.  Sebab tu pentingnya kita kena menjaga tabung kalsium kita dari sekarang.  Senang cakap, siapa ada tulang, wajib kena ambil tahu bab ni. (siapa pulak takde tulang kan.. hehe)


Berminat dengan Ostematrix?
Nak cuba untuk bagi yang terbaik untuk tabung kalsium pada tulang anda?


Jom dapatkan Ostematrix dengan saya pada harga RM61.25 sebotol sekarang.  

Nak lagi jimat?
Boleh ke?

Boleh lahhh..



jom tekan link bawah ni untuk terus whatsapp dengan saya.  Kita borak situ jom kalau anda nak tau lebih atau ada sebarang pertanyaan pasal Ostematrix.











Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...