Monday 19 November 2018

Apa istimewanya join The Walking Beauty Project (TWB)


Salam & Hai,


Entry kali ni saya nak bercerita kenapa perlu join The Walking Beauty Project (TWB) sedangkan banyak lagi kursus spa di luar sana?  Boleh gerak sendiri kan? 





Ok ni saya cerita keistimewaan apa yang anda dapat sekiranya anda join kami di The Walking Beauty Project.


1. Mentor


🔥 Ni sangat penting.   Sebabnya untuk orang yang baru bermula nak buat bisnes, perlu ada mentor yang boleh guide untuk pergi jauh dalam sesuatu bisnes.

   Mentor kami dalam The Walking Beauty ialah Founder ni sendiri, Puan Ainul Shahrazad.  Beliau sendiri telah lalui macam-macam fasa sebelum dan semasa beliau set up projek spa ni.  Malah beliau telah menghabiskan lebih kurang RM20k lebih untuk mengikuti kursus-kursus spa dan marketing untuk memantapkan lagi mobile spa The Walking Beauty Project ni.





2. Sistem


🔥  Sistem ni sangat penting supaya kita bekerja dengan cara yang bijak dan ada hala tuju, dan bukan dengan membuat kerja tanpa panduan.  Kalau tidak sia-sia sahaja. Duit banyak tapi nak buat pinjaman beli kereta dan rumah pun bank tak  dapat beri pinjaman disebabkan tiada penyata pendapatan.  The Walking Beauty Project ada penyata tersebut dan ianya sangat bernilai!



3. Support group


🔥 Support group kami di dalam Telegram.  Ini adalah platform untuk pembelajaran berterusan walaupun sesudah habis training spa. Sekiranya tiada support group, ada sesetengah orang yang susah untuk bergerak disebabkan tiada tiada siapa yang akan guide untuk bekerja nanti.  




uPAKEJ THE WALKING BEAUTY PROJECT


Dengan menyertai Kursus Mobile SPA TWB, anda akan dapat belajar 13 KURSUS (5+7+1) iaitu:-



:cherry_blossom5 FULL BODY SPA COURSES:cherry_blossom:

1. Facial Relaxing Treatment
2. Herbs Sauna
3. Body Scrub & Lulur
4. Aura Milk Bath
5. Hand & Foot SPA



:cherry_blossom:7 POSTNATAL SPA COURSES:cherry_blossom:

1. Urutan tradisional
2. Pembuatan param dan pilis
3. Pemakaian bengkung
4. Tangas kering dan basah
5. Bertungku
6. Penjagaan bayi (tuam, mandi, bercukur)
7. Ilmu nutrisi penting untuk ibu hamil, bersalin & menyusu.


:cherry_blossom:1 ADVANCED COURSE:cherry_blossom:

Bagaimana untuk Setup & Running Your Home & Mobile SPA!

:tulip::tulip::tulip::tulip::tulip::tulip::tulip:
Selain kursus di atas, anda juga dibekalkan dengan kelengkapan untuk memulakan bisnes Home & Mobile SPA anda iaitu:-

:white_check_mark:1. Sijil Penyertaan TWB

:white_check_mark:2. Shaklee SPA Products (Youth Skincare Complete Set, Scrub, Masker)

:white_check_mark:3. Shaklee Postnatal Products

:white_check_mark:4. Keahlian Shaklee PERCUMA (Starter Kit)

:white_check_mark:5. Professional SPA Trolley Bag

:white_check_mark:6. Facial Steamer

:white_check_mark:7. Ion Massage

:white_check_mark:8. SPA Trial Kit

:white_check_mark:9. Taining Manual

:white_check_mark:10. Personal Coaching & Practical Training Session with TWB Certified Trainer

:white_check_mark:11. Support Group (Online dan Offline)

:white_check_mark:12. Career Development in Spa Industry

:white_check_mark:13. Peluang jana pendapatan dari 6 Penjuru Income TWB


ni semua anda bakal dapat tau.


Amacam. Menarikkan?

Disebabkan The Walking Beauty Project ini menggunakan produk Shaklee, makanya bab career development diambil kira menggunakan kaedah dan sistem Shaklee. Lagi lah menarik! Lagi kita sendiri usaha lebih, lagi banyak kita dapat enjoy benefits!



Nak tanya pasal mobile spa The Walking Beauty?

Tekan je link di sini, MobileSpaTWB.
Jom kita chat jom.


Imin Yusoff
Certified Trainer and Beautician
The Walking Beauty Project
017-603 9226






Monday 15 October 2018

10 Sebab Anda Perlu Memilih Pakej Berpantang TWB


Salam & Hai,

Zaman sekarang yang serba mudah ni, dah banyak pakej berpantang disediakan bagi memudahkan ibu yang baru lepas bersalin untuk menguruskan diri dah bayi.





Pengasas The Walking Beauty Project, Puan Ainul Shahrazad.



Untuk pengetahuan anda, kami di The Walking Beauty Project (TWB) juga menyediakan pakej-pakej berpantang mengikut kesesuaian dan bajet semua.  




Di bawah ini merupakan  10 sebab kenapa anda perlu memilih pakej berpantang TWB
____________________________________________



1.  Selain dari pakej penjagaan ibu dan bayi semasa di dalam pantang, kami turut memberikan set menyusu Shaklee.  Ini untuk membantu bayi anda mendapat zat dan nutrisi yang mencukupi melalui susu ibu.


 2.  Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan mengenai nutrisi apa yang baik sewaktu di dalam pantang, kami dapat membantu menerusi info yang kami dapat melalui nutritionist yang berpengalaman.  


3.  Produk set menyusu dan bepantang yang kami berikan sekali di dalam pakej berpantang ini terbukti secara klinikal dapat membantu si ibu yang dalam pantang untuk mendapat zat dan nutrisi yang baik, sekaligus membuat si ibu berasa lebih sihat dan tenang.


4. Kami mengamalkan dan menggunakan ilmu berpantang yang hebat yang mana kami belajar melalui Cikgu Yeni yang telah berpengalaman melebihi 20 tahun dalam menguruskan ibu-ibu berpantang. Beliau juga telah mengikuti kursus-kursus berpantang lain dan memiliki sijil SKM. 


5.  Kami menyediakan khidmat untuk ibu berpantang serta bayi dengan kos yang mampu milik.


6.  Kami dapat memberikan tips-tips dari ilmu nutrisi yang sesuai dengan ibu yang berpantang, ini kerana kami di TWB menggunakan set berpantang dan menyusu dari Shaklee.


7.  Ibu berpantang akan lebih bertenaga, berseri dan cergas kerana khidmat pakej pantang TWB ini luaran dan dalaman menggunakan produk yang mempunyai ujian klinikal.


8.  Disebabkan komitmen yang tinggi, menguruskan anak lain yang masih bersekolah,  ibu yang berpantang sendiri, masih mampu untuk berada di rumah sendiri, berpantang di rumah sendiri, dengan bantuan kami yang menawarkan pakej berpantang TWB ini. 


9.  Samada bersalin anak pertama atau anak yang kedua, ketiga atau seterusnya, ibu berpantang masih perlu bantuan dari orang lain. Pakej berpantang TWB merangkumi urut, tungku, sauna, tangas kering dan basah (mengikut permintaan), pemakaian bengkung, param, pilis dah tepel kami juga mempunyai campuran herba tradisional dan moden yang pastinya terbaik untuk ibu berpantang.


10.  Salah satu dalam set berpantang yang kami sertakan adalah milk booster untuk para ibu.  Susu yang bernutrisi, pekat dan banyak sangat elok untuk pembesaran bayi.



Pakej Berpantang TWB ni sememangnya kami tekankan dengan set berpantang Shaklee yang terbukti sangat berkesan untuk para ibu.  Ini kerana bukan luaran sahaja yang perlu dititik beratkan, dalaman juga perlu diberi nutrisi secukupnya untuk sel-sel badan cergas dan hasilnya badan akan kelihatan lebih cergas dah bermaya.


Ok jom kita tengok feedback dari mereka-mereka yang menggunakan set pantang Shaklee.









Amacam.  Nampak tak kenapa kami menggunakan set berpantang TWB dalam pakej kami.  Kerana kami ingin memberikan yang terbaik untuk para ibu di luar sana.  Bukan ibu sahaja yang sihat, malah bayi pun akan turut membesar dengan sihat.



Imin Yusoff
A Member of The Walking Beauty Project
017-6039226



Tuesday 2 October 2018

CONFINEMENT LADY vs JAGAAN MAK

Salam & hai,




Jika dahulunya, penjagaan ibu sendiri atau ibu mertua menjadi praktis bagi wanita di dalam pantang, tetapi di zaman ini, pilihan boleh dibuat. Pergerakan sosiobudaya serta ekonomi menyaksikan peranan ibu diambil alih Confinement Lady yang menjalankan perkhidmatan dari rumah ke rumah.

ini bukanlah kerana kurangnya kepercayaan terhadap peranan dimainkan golongan terdahulu, tetapi disebabkan ramai wanita kini berkerjaya dan tinggal berjauhan dari ibu bapa mereka. Ditambah pula faktor kekangan masa untuk pulang ke kampung serta ibu yang sudah tua dan uzur.


APA PERBEZAAN BERPANTANG DENGAN CONFINEMENT LADY DAN JAGAAN MAK


CONFINEMENT LADY

1.  Para suami tidak dapat untuk menjaga ibu dan bayi dengan bercuti lama.  Di sini lah perkhidmatan Confinement Lady diperlukan.

2.  Mengurut ibu untuk memulihkan kembali aliran darah, me­ngeluarkan angin dan bendalir kotor, melawaskan nifas, menenangkan emosi, meringankan badan dan memulihkan semula ketahanan badan si ibu. 

3.  Rawatan bertungku yang dibuat oleh Confinement Lady akan dapat melancarkan perjalanan darah nifas serta meredakan rasa sakit badan. Apabila perjalanan darah lancar, wajah kembali berseri dan segar. Bagi ibu bersalin, bertungku mengurangkan sakit urat dan mempercepatkan pengecutan rahim. Param pula dapat melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit dan menjadikan tubuh kembali seperti sedia kala.

4.  Memakaikan bengkung kepada ibu.  Ianya dapat memberikan kesan menyeluruh terhadap kesan lebihan lemak pada bahagian perut, pinggang dan paha. Ia juga dapat membentuk badan kembali normal serta mengelak perut menjadi buncit.

5.  Menyediakan perkhidmatan tangas.  Tangas digalakkan untuk membuat kerana ia dapat membuang angin seterusnya mengecutkan faraj dan rahim. Paling penting bertangas dapat menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. 

6.  Pakej penutup pantang pula biasanya si ibu berpantang tadi akan akan diurut lagi, urut lulur dan body scrub, mandian aura bunga serta sesi facial bagi menaikkan lagi seri ibu tadi.

Kesemua di atas ini akan dibuat oleh Confinement Lady.  Ada juga yang menjalankan perkhidmatan tinggal bersama selama mana yang customer mahukan.  Dan skop kerja sudah tentu lebih meluas.  Penjagaan bayi, memasak untuk ibu, urusan mengemas rumah, membasuh pakaian. 

Terpulang kepada ibu tadi memerlukan perkhidmatan yang bagaimana mengikut bajet.


JAGAAN MAK

1.  Walaupun wanita berpantang lebih selesa dengan penjagaan dari ibu sendiri, tetapi hakikatnya mak-mak semakin berumur.  Kekuatan dan tenaga mereka untuk menjaga anak dan cucu juga tidak kuat seperti dulu.

2.  Sekiranya memillih jagaan mak, suami dan isteri berpantang tadi mestilah mengambil kira kos elektrik, makanan dan minuman wanita berpantang itu, serta kepenatan mak-mak yang perlu menyediakan keperluan tersebut.

3.  Mak-mak juga perlukan rehat yang cukup sesuai dengan usia mereka.



Ada juga yang berpantang di rumah mak masing-masing, tetapi tetap mengambil perkhidmatan Confinement Lady sepanjang tempoh berpantang.  Cara ini dapat meringankan beban mak yang dah berumur tadi untuk 100% menjaga anak yang di dalam pantang dan cucu yang baru lahir.


Bagi mereka yang ingin mengambil Confinement Lady sewaktu berpantang, ianya lebih mudah kerana anda boleh berpantang di rumah sendiri, tidak perlu berjauhan dengan anak-anak lain serta suami sekiranya berpantang di kampung di bawah jagaan mak.


Kami di The Walking Beauty Project (TWB) juga ada menyediakan perkhidmatan Confinement Lady.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya, dan sekiranya anda juga ingin mengikuti kursus penjagaan berpantang pun boleh hubungi saya kerana kami juga menyediakan kursus tersebut.



KLIK DI SINI untuk menghubungi saya.



Imin Yusoff
A Member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project


Sunday 30 September 2018

PAKEJ RAWATAN SELEPAS BERSALIN



Salam & Hai,

Anda tahu badan kita ni memerlukan sokongan nutrisi yang elok untuk membolehkan badan kita berfungsi dengan sihat, lebih cergas dan bertenaga.  Supplement berfungsi melengkapkan nutrisi makanan yang kita tidak dapat melalui pemakanan biasa.


Supplement pelengkap nutrisi


Jika badan biasa memerlukan supplement, tahu tak yang ibu yang mengandung dan bersalin juga lebih memerlukan nutrisi yang lebih untuk ibu dan anak.


Ini kerana semasa hamil dan sewaktu berpantang tubuh ibu memerlukan dua kali ganda lebih nutrisi tertentu untuk disalurkan kepada bayi dalam rahim dan juga bayi  yang sedang membesar.  Sayangnya cara penyediaan makanan hari ini menyebabkan majority nutrisi seperti vitamin dan protein musnah sebelum sempat di serap oleh tubuh.


Shaklee mempunyai rangkaian supplement yang terbaik untuk Set Bersalin dan Set Pantang :-



Jom kita tengok fungsi setiap satu.


VITA-LEA

Vitalea sangat penting untuk ibu berpantang.
Membekalkan 23 vitamin dan mineral yang sangat diperlukan oleh tubuh tapi sukar di dapati semasa berpantang sebab banyak makanan yang perlu dielakkan.
Mengandungi zat besi, elemen yang paling diperlukan unuk penghasilan darah merah untuk menggantikan darah yang hilang semasa bersalin serta mengelakkan pucat dan tidak bermaya.


B-COMPLEX


Berfungsi melegakan sistem saraf dan memberikan ketenangan kepada seluruh sistem badan. Mengelakkan stress dan meroyan di kalangan ibu berpantang.
Membantu meningkatkan pembentukan sel darah merah.
Menukarkan makanan yang diambil kepada tenaga, ibu akan lebih bertenaga serta menghindari kegemukan sebab kalori dari makanan tidak tersimpan dalam badan.
Memelihara kulit dan lapisan-lapisan kulit dan menstabilkan penghasilan melanin, hasilnya kulit makin lembut dan cerah.
Pengambilan yang konsisten akan mengurangkan tanda regangan kulit – stretch marks.


SUSTAINED RELEASE VITAMIN C


Vitamin C mengandungi elemen penyembuhan yang bertindak sebagai pencantum dan penyembuh luka.  Samada yang bersalin normal atau melalui pembedahan.
Membaik pulih sel dan tisu yang rosak.
Meningkatkan imuniti sistem pertahanan badan, faedah ini akan turut mengalir dalam susu badan dan bayi juga akan mendapat manfaatnya.
Membantu pembentukan kolagen, menganjalkan kulit.
Mengandungi BioFlavonoid yang berfungsi mencantikkan dan mencerahkan kulit, pengambilan secara konsisten dan berterusan akan mengurangkan stretch marks dan parut.  Makanya, ibu yang berpantang akan nampak lebih berseri dan bermaya.

OSTEMATRIX
Ostematrix adalah kalsium untuk kekuatan tulang kita.
Bagi ibu bersalin dan berpantang yang banyak mengalami luka jahitan bersalin, selalunya berasa takut, fobia atau kurang selesa untuk meneran, terutamanya ketika ingin membuang air besar mahupun air kecil.
Pengambilan Ostematrix sangat membantu pergerakan usus bagi menghindari masalah sembelit.  
ia dapat juga Melegakan segala kekejangan otot akibat duduk terlalu lama di kalangan ibu berpantang.
Merehatkan otot dan saraf semasa sedang tidur dan ibu akan berasa sangat segar bila bangun pagi.
Memenuhi keperluan kalsium untuk tulang, otot dan gigi,mengelakkan kejadian rosak gigi serta kerapuhan tulang, kerana sewaktu berpantang ini kalsium ditarik oleh bayi semasa menyusu.
Membantu penghasilan susu ibu yang banyak.
Perlu diketahui bahawa Kalsium adalah antara komponen yang penting dalam penghasilan susu ibu.



OMEGA GUARD

EPA dan DHA yang terdapat dalam Omega sangat membantu untuk sistem imunisasi dan otak bayi.

Juga dapat membantu ibu yang berpantang untuk dapat membakar lemak.


ESP 

Semasa proses bersalin, hormon ibu akan terganggu.  ESP merupakan asas pembinaan sel yang sangat elok untuk membina otot dan memberi tenaga, rambut yang kuat, dan memekatkan susu ibu.



Secara keseluruhannya, Set Bersalin dan Set Berpantang Shaklee dapat membantu ibu-ibu untuk sentiasa sihat dan cergas sewaktu dalam pantang.  Ini kerana kesemua supplement ini membantu dan ada fungsi tersendiri dalam melengkapkan nutrisi dalam banda ini.

Proses bersalin itu sendiri sebenarnya telah membuatkan badan kehilangan darah dan cepat nampak tua.  Makanya, waktu berpantang sangat perlu ditambah dengan nutrisi yang bagus untuk tubuh badan.



CONFINEMENT LADY

Seperti yang disebut di atas, sewaktu berpantang badan agak lemah.  Disebabkan itulah juga ramai yang mengambil Confinement Lady untuk menjaga ibu-ibu sewaktu tempoh berpantang.

Ramai yang ingin berpantang sendiri, tanpa membebankan ibu atau ibu mertua.  Ada yang suami cuma dapat menjaga sehingga 2 minggu sahaja.  Sedangkan ibu yang berpantang masih perlu menjaga bayi dan diri sendiri.  Disebabkan inilah trend mengambil Confinement Lady umpama cendawan yang tumbuh selepas hujan.  

Kami di The Walking Beauty (TWB) , juga ada mengendalikan kursus berpantang.  Apa yang menariknya, selain ilmu menjaga keperluan ibu dan bayi, kami turut juga menitik beratkan pengambilan supplement yang sesuai untuk keperluan ibu berpantang.

Ini supaya ibu-ibu yang berpantang sentiasa akan kelihatan ceria, kurang stress, bertenaga dan gembira sepanjang tempoh berpantang.



Anda ingin mengetahui lebih berkenaan pakej bersalin dan berpantang Shaklee, atau pun anda ingin bertanya mengenai kursus berpantang, anda boleh klik link dibawah 

0176039226 >



Imin Yusoff
A member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project


Monday 10 September 2018

Atasi sembelit kronik dengan ostematrix


Salam & Hai,


Anda hamil?
Anda ibu yang baru lepas bersalin?
Ada masalah sembelit?




Kebiasaan ibu-ibu yang hamil dan berpantang menghadapi masalah ni.  



Saya nak kongsikan pengalaman seseorang yang mengalami sembelit yang kronik dari awal kehamilan sehinggalah selepas melahirkan.


Puan Yati mengalami sembelit yang kronik bermula dari anak pertama lagi.  Kronik bermakna sembelit yang sampai berdarah.  Doktor mengesahkan yang ianya bukan buasir, cumanya bila kerap kena sembelit, memang akan berdarah tempat membuang tu.


Puan Yati bersalin normal, ditambah lagi dengan keadaan beliau yang episiotomi 3rd degree iaitu koyak sampai ke lubang punggung.  Disebabkan ini beliau mengambil julap untuk melancarkan pembuangan najis (sangat tidak elok ye kerana julap boleh menipiskan dinding rahim).  Disamping menjaga pemakanan dengan sayuran dan buahan yang banyak, pengambilan air yang cukup, tetapi masalah tetap sama.


Sehinggalah pada suatu hari Puan Yati mencuba Ostematrix.  Permulaan mengamalkan ostematrix beliau dapat merasa perubahan pada badan.  Tiada lagi masalah sakit perut di pagi hari, bila perut tak sakit badan pun takde lah sakit-sakit lagi kan.


Yang bestnya, proses membuang sudah lancar dah tiada darah lagi! Wah perubahan besar ni kan.


PUNCA SEMBELIT

Sebab utama berlaku sembelit adalah kerana badan kita kekurangan nutrien MAGNESIUM.  Magnesium ni sebenarnya adalah mineral penting untuk kesihatan OTOT dalam badan kita.

Bila badan kekurangan magnesium, otot-otot badan kita akan menjadi tegang termasuk lah dinding kolon.

Dalam Ostematrix Shaklee, bukan setakat kalsium, tapi mengandungi magnesium dan Vitamin D.  Magnesium mampu menormalkan ketegangan pada dinding kolon

Magnesium juga bertindak sebagai Laksatif ringan dengan melonggarkan otot di dalam usus dan juga membantu mengekalkan air di dalam usus.

Sebab tu, Magnesium membantu najis boleh menjadi lembut dan membantu menggalakkan pergerakan usus lebih lancar.


Anda tahu tak, usus yang tidak sihat menyebabkan banyak penyakit lain yang datang.  Sebabnya, bila seseorang sembelit, bahan perkumuhan iaitu najis tidak dapat dibuang dari badan kita.  Toksin banyak terkumpul.  toksin yang terkumpul itu yang mengundang penyakit pada badan kita.


Sesiapa yang amalkan ostematrix secara konsisten, bukan sahaja sembelit dapat diatasi, tetapi juga masalah lain seperti sakit pada tumit kaki, lenguh-lenguh badan pun hilang jugak tau.


Jom kita tengok feedbacks dari mereka yang mengamalkan ostematrix secara konsisten.





















Anda yang hamil dan ibu yang berpantang mengalami masalah yang sama?

Boleh cuba ikhtiar dengan ostematrix.  Promo bulan ini dengan pembelian 3 botol , dapat diskaun 5%.


Cepat sementara promosi dan sementara stok masih ada.

Anda boleh klik di nombor tertera untuk terus berhubung dengan saya di Whatsapp
--> 0176039226  --<




Imin Yusoff
A member of Shaklee & The Walking Beauty Project

Saturday 8 September 2018

TWB Mobile Spa - Income Penjuru Pertama

Salam & Hai,


Mentor saya selalu pesan buat bisnes yang dapat membantu orang lain. Sebab tu dengan join team The Walking Beauty (TWB), saya nampak yang TWB ni sangat membantu golongan wanita di luar sana.



Setiap hari setiap bulan kami di TWB membuka peluang kepada mereka yang ingin menceburi bisnes mobile/home spa untuk menambah pendapatan secara sambilan atau sepenuh masa.  


Tahu tak kami juga memberi peluang untuk wanita-wanita di luar sana yang ingin mengetahui lebih berkenaan projek mobile spa TWB ni dialu-alukan untuk join PREVIEW PERCUMA kami di Whatsapp Group.  Preview percuma ini kami buat selama 3 hari.  Founder akan memberikan info tentang TWB, kami juga menjemput impact speaker iaitu ahli TWB sendiri yang dah berjaya untuk memberi inspirasi pada orang lain.



APA YANG MENARIKNYA TWB?

Terlalu banyak kelebihannya. Salah satunya ialah instant cash.  Instant cash ni merupakan income penjuru pertama di dalam TWB.  Kami di TWB ada 6 penjuru income!  haa, instant  cash ni cuma penjuru pertama sahaja tau.

Itu yang uniknya TWB ni.  6 penjuru income tu bermakna, walaupun anda tidak sempat membuat spa, anda tetap mendapat income yang lain dari penjuru yang lain.  Menarikkan.

Jom kita tengok hasil penjuru income yang pertama dari dari team TWB.


Malam pun ada income tau.  Permintaan mobile spa tak kira waktu



baru habis training, terus dapat job



Percayalah dgn TWB, anda akan diajar untuk mencari customer, habis training bukan bermakna habis semuanya.  kami ada support group yang kuat yang akan tetap memberi tips untuk mendapat job



Bila ada ilmu spa TWB ni, balik kampung pun masih boleh buat duit tau



facial kan 4 orang dalam masa 2 hari je.  Buat part time je tau



Ramai je ahli kami yang bergerak secara part time, pun masih boleh menambah income secara mudah tau.  Ada caranya, kami akan ajar



Student pun mudah buat duit dengan ilmu TWB ni tau





Beratus-ratus dalam  masa 4 hari sahaja.



Nampak.  Dekat ofis, waktu lunch pun sempat tau.  Ada servis yang simple yang anda boleh buat di ofis semasa waktu lunch






Hujung minggu biasa orang keluar duit, ahli TWB hujung minggu hari buat duit




ha, dalam TWB bukan belajar facial saja, antaranya nilah, body scrub dan milk bath.
Permintaan ada je tau




Facial dan body scrub.  Ilmu ada, lagi mudah buat duitkan



Ha lagi satu, hujung minggu masuk duit lagi




Bulan puasa baru ni, ramai ahli TWB memang berjaya buat duit kepok-kepok. 
Permintaan sewaktu bulan puasa memang tak cukup tangan. Demand sangat tinggi



yang buat secara sambilan pun boleh dapat RM800 lebih tau




Apa yang saya kongsikan ini hanyalah segelintir kecil apa yang ahli TWB kami ni dapat.
Dalam support group lagi banyak sharing duit kepok-kepok ni tau.


Ada yang beranggapan, leceh buat kerja sambilan macam ni, malas.  Tapi ada kes yang terjadi pada seorang ahli TWB ni, gaji suami dibekukan, siang hari isteri ni bekerja, malam hari dan hujung minggu dengan ilmu TWB yang ada dia dapat mencari income tambahan untuk bersama-sama menampung keperluan keluarga terutamanya anak-anak yang masih kecil.


Nampak tak yang kita memang tak boleh nak tahu apa yang bakal jadi ke depan.  Tapi dengan ilmu TWB yang ada ni, insyaAllah sangat membantu untuk para wanita/isteri di luar sana untuk terus survive dalam keadaan ekonomi yang ada masa menekan.



Buat masa ini, yuran TWB ialah RM1999.  Dengan yuran ini anda akan dapat seperti di bawah :-


👉Youth Complete set
👉scrub
👉masker
- - - - - - - - - - 
👉Beg SPA
👉Steamer
👉Ion massage
👉Trial kit
👉Sijil
- - - - - - - - - - 
Belajar 5+1 courses

-Relaxing facial
-Body Scrub
-Aura Bath
-Hands & Foot Spa
-Sauna

+1 how to set up home & mobile spa 

🌹BONUS🌹

✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔income 6 penjuru




 
ini lah kesemua barang yang bakal anda dapat dengan yuran RM1999.
COMPLETE!




Semua peralatan dah lengkap tau.  Habis je training anda dah terus boleh set appointment spa anda.


Menarikkan.  Ni baru dari income penjuru pertama je.  Kalau anda buat penjuru lain pula?  


Anda berminat dengan mobile spa TWB?   nak tahu lebih lanjut?
Boleh hubungi saya dengan menekan no. di sini  0176039226




Imin Yusoff

Certified Trainer & Beautician
The Walking Beauty Project




Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...