Monday 6 November 2017

Belajar spa konsep ala carte?

Salam & hai,

Ada tak sesiapa pembaca blog ni yang berminat nak buat bisnes spa?  Nak lagi best join buat spa dengan team kami di The Walking Beauty.  ðŸ˜‰. Banyak kelebihan yang anda dapat kalau anda join kami tau.

Kursus spa di The Walking Beauty merupakan kursus spa mampu milik. Yelah kan yuran sebanyak RM999 anda dah mampu kuasai 5 ilmu spa iaitu facial, body scrub, sauna, aura bath, foot & hand spa.  Bukan tu je, anda akan dapat sijil, trial kit spa, beauty product dari Shaklee, manual yang padat sekali dengn kitab harga sebagai panduan, dan juga ada support group.

Yang di atas memang pakej lengkap dah. Akan tetapi buat anda yang budget tidak cukup untuk belajar kesemua di atas, anda masih berpeluang untuk menambah ilmu spa. Haaaa menarikkan. Ni namanya belajar spa konsep ala carte.

Cuba tengok poster bawah ni.


Ala carte ni pecahan untuk 5 kursus spa, kiranya pada sesiapa yang berminat tetapi kekangan kewangan boleh lah belajar salah satu dari 5 ilmu spa di atas. Yuran untuk setiap kursus spa ala carte adalah seperti di bawah :-
 ** body scrub - RM399, 
 ** facial relaxing treatment - RM299, 
 ** foot and hand spa - RM199, 
 ** herba aroma sauna - RM99
**  aroma milk bath - RM99

Ha, nampak tak, clear tak pecahan yuran kursus spa tu. Dengan memilih salah satu kursu di atas, anda layak untuk dimasukkan ke dalam support group telegram The Walking Beauty Newbies.  Anda akan dapat tips, info berkenaan spa, boleh bertanya apa-apa soalan spa di group itu.

Dan sekiranya anda sudah upgrade ke full package, anda juga layak untuk mengikuti trip videoshooting keluar negara setiap tahun.  Boleh baca di sini [Kursus spa TWB yang best]. Cara nak upgrade sangatlah mudah. Tu kalau siapa yang ambik kursus spa ala carte saya akan ceritakan lebih lagi.

 Nampak tak peluang apa yang akan dapat sekiranya menyertai kursus spa bersama kami di The Walking Beauty. Seronok tau, saya sendiri rasa bersyukur sangat dapat kenal dengan group ni.  Sebab tu saya mengajak anda yang lain untuk turut serta sama 😉

Sesiapa nak bertanya lebih lanjut boleh hubungi saya ye. Saya sedia menjawab persoalan anda 😃

Imin Yusoff
017.603.9226


Sunday 5 November 2017

Pakej kursus spa mampu milik

Salam & hai,

Setakat ini, dah pelbagai jenis pakej kursus spa yang kami di The Walking Beauty dah tawarkan.  Untuk bulan November ni, pakej dah kembali ke normal iaitu serendah RM999.


normal pakej di The Walking Beauty

Dengan pakej RM999 ni anda akan dapat belajar ilmu yang sangat komprehensif, sangat padat, sangat praktikal, sangat mudah, sangat berbaloi dengan harga yang diberi. Semua sangat kan 😄. Tapi betul tau.

Kursus spa pula sangat praktikal sebabnya kesemua modul telah dipadatkan untuk memberi peluang anda menjalankan spa anda sejurus selesai kursus spa.  Haaa, hebatkan.  Ehhh jangan rasa takut-takut nak mulakan, sebab langkah pertama itulah yang akan membawa anda ke seribu langkah seterusnya.

Lepas tamat kursus spa, anda akan dimasukkan ke dalam support group The Walking Beauty di Telegram.  Support group ni kekuatan yang ada dalam kumpulan ni.  Sebarang pertanyaan, persoalan, perbincangan, tips dan info mengenai spa dibincangkan di sini. Ha, takdelah anda rasa tak tahu mana nak refer kalau ada sebarang permasalahan semasa anda menjalankan spa dengan customer, betul kan?

Konsep spa The Walking Beauty ni adalah mobile spa / spa bergerak.  Permintaan sangat banyak pada zaman sekarang ni tau untuk mobile spa.  Yelah, konsep mobile spa ni kan memudahkan pada customer untuk merasai nikmat spa hanya di rumah tanpa perlu mereka bergerak ke mana-mana.

Mobile spa bermaksud anda tidak perlu membayar sewa yang tinggi untuk memulakan operasi business anda ni tau.  Dah jimat kos untuk sewa kan.  Anda tidak perlu membuat loan bank untuk memulakan bisnes ni tau, bermakna risiko untuk bankrup memang tiada.

Jom kalau anda berminat nak tau lebih detail, lebih info berkenaan kursus spa The Walking Beauty ni boleh hubungi Imin di 017.603.9226 😉




Thursday 2 November 2017

Kenapa mesti pilih The Walking Beauty Project?

Salam,

Dengan keadaan ekonomi yang sangat tak menentu sekarang ni, dah ramai antara kita yang membuat pendapatan sampingan untuk menampung kos hidup yang makin lama makin tinggi. Adusss, siapa je tak terasakan.

Pernah tak gojes ladies dekat luar sana terfikir untuk mencari pendapatan sampingan/pendapatan tetap dengan mobile spa / home spa?


Haaaaa! kalau pernah terlintas untuk menjalankan bisnes spa ni kami di The Walking Beauty Project ada jawapan dan penyelesaiannya 😉


The Walking Beauty Project ni adalah konsep spa tanpa kedai yang direka khas untuk golongan wanita yang tercari-cari bisnes yang SIMPLE, MUDAH, FUN yang dapat memberi pulangan yang lumayan.  Amacam?? Best kan!

Di The Walking Beauty Project ni, anda akan diajar untuk miliki Spa atas nama sendiri dengan kos yang sangat murah, dan yang sangat minima. Bukan tu je tau, anda akan dapat juga recurring income melalui agen spa yang didaftarkan di bawah anda  Ni namanya income 4 penjuru 😊.

Anda tau tak, antara kelebihan bisnes mobile spa tanpa kedai ni ialah risiko untuk bankrap tiada sebab modal tersangatlah kecil tau.  Selain tu, dengan bisnes mobile spa ni anda boleh buat bisnes ni di mana-mana saje, tak kiralah waktu balik kampung ke, waktu bercuti ke.

ni salah seorang ahli The Waking Beauty Project di Australia.  Facialkan student di sana



Ahli The Walking Beauty Project di Dubai


Apa yang diajar jika anda sertai The Walking Beauty Project?
Anda akan belajar facial, body scrub, sauna, aura bath, foot & hand spa.  Percaya tak kesemua kursus di atas yurannya sangatlah murah,tak sampai RM1000 pun tau. Eh betul memang kena percaya sebab dah berapa ramai yang join tau.  Ok kalau tak percaya jugak boleh contact saya hehe 😊

Bukan ilmu tu je dapat tau, anda akan dapat sijil, membership Shaklee dan juga beauty produk dari Shaklee.  Shaklee ni kesemua vitamin dan produk ada ujian klinikal tau, sebab tu kami di The Walking Beauty Project sangat yakin menggunakan produk Shaklee dalam spa kami.

Disamping itu, jika anda sertai The Walking Beauty ni, kita ada support group tau. Support group ni penting untuk semua ahli beauticians rujuk jika ada sebarang masalah sewaktu atau selepas aktiviti spa masing-masing.  Puan founder The Walking Beauty sendiri banyak bagi tips dan info dalam support group tu. Takdelah kita rasa terkontang kanting lepas kursus kan.

Selain tu, kami di The Walking Beauty boleh mendapat rujukan dari nutritionist bertauliah tau untuk produk yang kami gunakan. haaa, lagilah mudah nak dapatkan sebarang info produkkan.

Dan yang syoknya, jika anda sertai The Walking Beauty Project, anda berpeluang untuk melancong keluar negara setiap tahun, dengan kos yang agak murah!


The Walking Beauty di Melbourne, 2015

 The Walking Beauty di Perth, 2016

The Walking Beauty di Maldives, 2017

dan, tahun depan akan ke mana pulak rasanya? PARIS!!!!
iye, betullah tu.  Puan Founder The Walking Beauty akan bawak ahli ke sini pulak. Amacam?? 😉😘


Berminat nak join kursus spa dengan The Walking Beauty Project tak?  Jangan risau jika anda bukan di Selangor, sebabnya taklimat Business Opportunity Presentation berkenaan ni boleh dibuat di tempat luar Selangor, untuk memberi maklumat dengan lebih terperinci.

Kalau anda ingin tahu lebih lanjut berkenaan kursus spa The Walking Beauty,boleh hubungi saya.

Imin Yusoff
017.603.9226







Saturday 28 October 2017

Kursus Spa Murah - BFF Package

Salam & hai,

Pernah tak terfikir berapa kos untuk seseorang memulakan bisnes spa? Boleh jadi RM2000 ke atas kan.  Dengan peralatan dan perkakasan spa, sewa tempat lagi.  Belum campur lagi kos yuran untuk kursus spa. Phewww memang kos tinggilah senang cakap.

Tapi, haa ni nak bagi tau. The Walking Beauty Project (TWB) ada buka lagi peluang tau untuk sesiapa yang berminat dengan bisnes spa ni.  Ilmu mobile spa / home spa yang diajar dengan TWB ni sangat komprehensif tau.

Peserta yang dah menjalani kursus spa TWB boleh terus mulakan bisnes mobile spa masing-masing.  Ha, nampak tak. Cakap macam mudah sangatkan, eh tapi memang betul mudahlah.  Siapa je yang sepatutnya join mobile spa TWB ni?  Jemput baca di sini [Siapa kena join TWB]

Dengan TWB ni kursus mobile spa yang ditawarkan ni yurannya RM999 sahaja.  Eh nanti kejap, kalau dapat ajak kawan untuk join sekali kursus ni, masing-masing dapat jimat RM500 tau! Banyak jimatkan.  Yuran yang perlu dibayar cuma RM499.  Tengok poster ni :-


Kursus spa TWB - BFF Package

Apa yang ditawarkan dengan pakej di atas?
1.  Facial
2.  Body scrub
3.  Sauna
4.  Aura bath
5.  Foot & hand spa

Huyoooooooo.. 5 ilmu di atas ni diajar dalam pakej ni tau.  Selain itu, anda juga akan dapat, trial kit, membership Shaklee, beauty product from Shaklee dan sijil.

ni sijil yang Imin dapat dari TWB

Dah ramai yang menyertai kami di TWB ni. Dari pelajar universiti, yang masih bekerja, suri rumah mahupun yang dah pencen.  Baru-baru ni ada sorang ni berumur 50 tahun join pakej belajar spa TWB ni.  

Steady lah! umur bukan penghalangkan untuk mulakan bisnes mobile spa


Imin sendiri rasa bersyukur sangat dpertemukan dengan TWB ni. Kursus spa murah yang sangat membantu suri rumah macam Imin ni untuk mendapat pendapatan sendiri.  Ilmu spa yang ada ni boleh digunakan pada bila-bila masa.  Percayalah, tak sukar untuk mulakan bisnes mobile spa sendiri. Yang penting support group yang TWB ada ni. Sebab tu rasa seronok tau buat mobile spa dengan TWB ni.  Support group yang sangat kuat yang saling membantu dan memberi input dalam sebarang isu mobile spa.

Jomlah join kami di TWB.  Siapa yang nak dapatkan pendapatan sampingan ataupun sebagai pendapatan tetap dengan mobile spa boleh hubungi saya di sini ye, 017-603 9226.  Kita boleh chit chat lebih pasal ni di whatsapp 😉


Imin Yusoff





Wednesday 20 September 2017

Cabaran Cun & Kurus dalam 60 hari

Assalamualaikum,

Perasan tak apa persamaan masalah-masalah bagi semua wanita.  Maksudnya yang melibatkan dengan dalaman diri wanita itu sendiri?

Kebanyakan wanita di luar sana terlalu sibuk dengan urusan kerja harian dan kerja di rumah menyebabkan badan dan diri akan cepat nampak tua sebelum waktunya.  Salah satu penyebab anda kelihatan tua adalah disebabkan kekurangan nutrisi di dalam badan. Yelah dengan kesibukan harian yang padat, agak sukar untuk mengatur jadual pemakanan kita yang lengkap.  Jauh sekali untuk dapat mencuri masa untuk exercise pulak kan.

Siapa je suka nak nampak tua sebelum waktu kan? hehe.  Haa, sebab itulah bulan ni Shaklee buat offer yang kiranya SPECIAL la untuk wanita semua.  Shaklee ni satu-satunya syarikat supplement yang menyahut cabaran untuk Landmark Study tau. Bukan setakat beribu ujian klinikal. 

 Landmark Study ni kesan jangka masa panjang (30 tahun ke atas) bilamana seseorang yang mengamalkan Shaklee. Takpe, yang ni kita cerita lain entry je.

Berbalik pada promosi Shaklee pada bulan ini.  September 2017 ni, Shaklee menawarkan promosi set The Radiant 4.  Ni setnya :-

ESP, Vitamin C Sustained Release, GLA Complex, Collagen Powder (setiap fungsi ini saling melengkapi untuk mendapatkan hasil yang sangat mengkagumkan)


Dengan set di atas ni, kami di team The Walking Beauty menganjurkan 2 challenge kepada sesiapa yang berminat.

1.  The Radiant Skin Challenge - RM 669




2.  The Radiant & Slimming Challenge



Untuk setiap penyertaan "Cabaran Kurus dan Cantik 60 Hari", akan dapat menikmati tawaran ini :-
  • produk Shaklee yang digunakan khas untuk fokus dalam cabaran ini 
  • keahlian Shaklee selama setahun
  • Consultation & mentoring one to one sehingga anda mendapat hasilnya
  • Free facial treatment dari ahli The Walking Beauty Project yang berdekatan dengan anda
  • di penghujung cabaran, akan ada pemenang yang akan dipilih


Amacam, BESTKAN "Cabaran Kurus dan Cantik 60 hari" ni.  Anda sendiri akan nampak perubahan dan pembaharuan dalam diri anda selepas 60 hari.

Cabaran ini akan dipantau oleh founder The Walking Beauty ni, Puan Ainul.  Beliau sendiri pernah mengalami zaman tua sebelum waktu tu disebabkan kekurangan nutrisi, tekanan kerja dan sebagainya.

Bezakan dulu dan sekarang?
The power of superb nutrition 😉

Siapa kata wanita yang sibuk bekerjaya di siang hari dan menyambung pula tugas sebagai ibu dan isteri di rumah di malam hari tidak boleh untuk kelihatan menarik.  Kalau bukan untuk orang lain pun, kita kena fikirkan untuk diri sendiri. Betul kan!

Dengan menyertai "Cabaran kurus dan cantik 60 hari ini, anda akan dapat apa yang anda inginkan untuk diri anda sendiri. 😉

BEAUTY IS PAIN
- nak CANTIK, kena DISIPLIN
- nak CANTIK, kena INVEST DUIT
- nak CANTIK, kena BERKORBAN


"Cabaran Kurus dan Cantik 60 hari" ditutup pada 30 September 2017.

INGINKAN HASIL DAN KESAN PADA DIRI ANDA? INVEST SEDIKIT DUIT UNTUK SEBUAH ILMU.


Imin Yusoff
The Walking Beauty Project
017.603.9226

Saturday 9 September 2017

Fuyoo! Bestnya jadi ahli Shaklee

Salam,

Rata-rata kawan Imin yang pernah makan Shaklee, yang dah rasa kebaikan Shaklee dengan perubahan dalaman badan, dah pun menjadi ahli Shaklee dengan jayanya!. yeay

Wajib ke jadi ahli Shaklee? Tak boleh ke beli je dan makan? Tak pandai lah nak menjual ni? Dan ada banyak lagilah soalan cepuemas dan cepucemas yang Imin dapat 😄

Ehhh siapa kata wajib? Tidak wajiblah kawan. Cumanya bila jadi ahli ni banyak kelebihan kita dapat.  Apa yang dapat kalau jadi ahli? Kita dapat 3C.  



Cash bonus, car bonus, convention trip



1.  CASH BONUS
==============

Semua ahli berpeluang untuk mendapat Cash Bonus ni, cukup syarat, tengah bulan duit bonus dimasukkan ke akaun kita. Haaa, siapa je nak bagi kita duit tengah bulan kan.

Kadang-kadang tanpa sedar pun kita ni dah layak dapat Cash Bonus. Contoh awal bulan kita beli supplement sendiri, lepas tu kawan pulak nak tumpang order, eh esok pulak jiran nak beli jugak.

Dalam tak sedar point kita dah melayakkan kita dapat bonus.  Setiap belian barangan ada point sendiri tau. Dah tak pasal-pasal kita TERPAKSA terima Cash Bonus ni. Itu yang makan sendiri.

Bagi mereka yang memang betul-betul fokus untuk bisnes, lagi lebih dan lumayan Cash Bonus nanti.

   
Cash bonus mengikut rank



2.  CAR BONUS
==============

Car Bonus ni tambahan dari Cash Bonus.  Bukan Shaklee bagi sebijik kereta tau.  Car Bonus dikreditkan ke akaun kita untuk bayar bulanan kereta ke, saving ke, bayaran ansuran rumah ke atau apa jelah yang kita nak buat.


3.  CONVENTION TRIP
=====================

Convention trip taraf 5 bintang pada sesiapa yang layak dah memenuhi syarat.  Samada trip ke EROPAH ATAU UMRAH.



Selain 3C dekat atas ni, ada lagi 10 KELEBIHAN lain. Jom tengok bawah ni.

1.  Yuran tahunan RM68.90 / keahlian percuma dengan belian 200uv (RM680) dalam 1 resit.

2.  Diskaun harga ahli (5%-20%).

3.  Promosi bulanan dan penjimatan hebat.

4.  Cash Bonus bulanan.  Walaupun makan sendiri, anda layak bila cukup point).

5.  Jemputan ke group eksklusif Facebook dan Telegram - Coaching berterusan.

6.  Peluang jana income 2, 3, 4, 5, angka tiap bulan.

7.  Peluang mendapat pelbagai bonus menarik (Car Bonus, Leadership Bonus, Free trip local/overseas.)

8.  Kelas bimbingan nutrisi dan kesihatan oleh pakar nutrisi secara online dan offline.

9.  Kelas bimbingan oleh Shaklee Leaders secara online dan offline.

10.  Marketing plan yang adil dan menarik.


Ha tu dia info tentang kelebihan menjadi ahli Shaklee.  Kalau ada sebarang pertanyaan boleh roger Imin di 017.603.9226 ye ✌


Imin Yusoff
SID : 1209050













Tuesday 5 September 2017

Apa itu The Walking Beauty Project




The Walking Beauty Project (TWB) adalah satu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah perniagaan yang MUDAH, SIMPLE, FUN tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.

Melalui projek The Walking Beauty ini, peserta akan diajar bagaimana mereka MAMPU untuk memiliki spa sendiri dengan kos yang sangat minima tetapi mampu menjana pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan dengan hanya dari rumah.

Haaaa,menarikkan!  Bukan itu saje tau, malah peserta akan diajar bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan berpeluang mendapat Recurring Income melalui agen-agen yang dilahirkan di bawah nama spa mereka sendiri.

Mengapa perniagaan spa tanpa kedai, bisnes yang sangat menguntungkan

1. permintaan untuk home spa sedang meningkat pada masa ini.

2. Boleh dijalankan di mana-mana walaupun sedang bercuti.

3. Tiada risiko untuk bankrap kerana modalnya sangat kecil.

4. Tidak perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan spa.

5. Boleh dimulakan secara sambilan dihujung minggu.

6. Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal amat rendah (amat sesuai untuk wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga).

7. Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dah upah pekerja.



Mengapa permintaan Home Spa semakin mendapat sambutan dan menjadi trend masyarakat kini?

1. Ramai wanita yang ingin berSpa tetapi tiada masa untuk ke kedai spa.  Jadi mereka lebih suka spa dilakukan di rumah kerana mereka boleh tentukan masa mereka sendiri.

2. Setengah wanita lebih suka melakukan spa di rumah kerana tiada penjaga / agak sukar mahu meninggalkan anak-anak.

3. Ramai wanita memilih spa di rumah kerana bimbang harga di kedai spa terlalu mahal.

4. Ada antara wanita lebih selesa melakukan spa di rumah kerana faktor keselamatan dan masa.

5. Home spa adalah alternatif buat semua wanita yang ingin menjaga kecantikan tetapi tidak tahu atau tidak mampu disebabkan kekangan ekonomi.


Haa, dah nampak dengan lebih jelaskan kenapa bisnes ni sangat elok. Imin sendiri 2 bulan lepas berhenti kerja terus daftar untuk kursus The Walking Beauty Project ni.

Antara sebabnya senang nak menjaga dan monitor anak-anak yang masih kecil ni.  Bekerja / set appointment ikut waktu yang kita sendiri selesa, yang mana tak ganggu waktu dengan keluarga terutamanya anak-anak.

Waktu anak sakit tak perlu dah rasa serba salah nak minta cuti dekat bos waktu kerja tengah banyak.  Yelah pokok pangkalnya RAJIN. The Walking Beauty Project ni ada support group yang mana sentiasa akan ada tips dan sokongan serta galakkan dari team members yang lain.  Takdelah kita rasa lost je nanti bila nak buat kerja spa kita kan ☺

Hujung bulan Ogos yang lepas dah tarikh akhir penutup untuk penyertaan agen The Walking Beauty Project ni.  Dengan pakej yang murah, bukan setakat ilmu je dapat ,lebih dari tu tau.  Boleh klik sini untuk tengok Pakej belajar spa TWB

Oklah, nanti bila founder The Walking Beauty Project ni buka lagi penyertaan ni, Imin update lagi ye.

Imin,
The Walking Beauty Project
017.603.9226




Sunday 27 August 2017

Siapa yang perlu join kursus spa?

Salam & hai gojes,


Tadaa.. tengok ni salah seorang ahli The Walking Beauty (TWB) Project dah bersiap nak pergi ke rumah client.  Comel berkeyakinan je kan.

Erm, pernah tak kita bercakap dengan diri sendiri.  Contohnya, "aku ni nak buat bisnes tapi apa ye", "peningnya kepala nak fikir nak buat apa ye untuk tambah duit belanja bulanan", "alamak, boleh ke aku buat bisnes ni ,tak konfiden la, tak pandai la".


Ada masa kita rasa peningkan fikir isu dekat atas ni.

Ok, berkaitan dengan isu ni, kali ni Imin nak sembang pasal 8 golongan yang digalakkan untuk turut sama dalam kursus spa The Walking Beauty (TWB) Project.  Details kursus spa ni boleh klik sini Pakej Belajar Spa Murah

1. Wanita yang ingin mempunyai perniagaan spa sendiri
- dengan menyertai kursus spa ini, peluang untuk membuka perniagaan spa sendiri sangat mudah. Bermula dengan spa bergerak (mobile spa) atau home spa

2. Ingin membuka spa tetapi tiada atau kekurangan modal
- Sesudah kursus spa nanti, anda boleh terus memulakan bisnes anda tanpa perlu menyewa kedai

3. Wanita yang ingin membuat bisnes dari rumah tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin diceburi
- boleh bermula dengan servis home spa untuk jiran-jiran atau kawan-kawan

4. Wanita yang bekerja sepenuh masa tetapi inginkan pendapatan tambahan dari rumah
- hari cuti, selepas waktu bekerja boleh buat bisnes spa

5. Surirumah yang sedang mencari bisnes yang sesuai yang boleh dijalankan di rumah secara sampingan
- sekali lagi, di sini mobile spa / home spa memainkan peranan

6. Graduan yang masih menganggur dan ingin mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan
- selepas kursus spa, mereka ini boleh terus menggerakkan dan menjalankan bisnes spa ini

7. Pelajar IPT yang ingin membuat bisnes separuh masa untuk menampung duit belanja
- dengan ilmu yang dapat melalui kursus spa ini, pelajar-pelajar IPT ini dapat membuat bisnes ini secara sampingan mengikut waktu yang mereka jadualkan sendiri

8. Pengusaha Spa yang dibelenggu masalah hutang disebabkan tiada / kurang pelanggan  dan masalah sewa kedai yang tinggi
- dengan ilmu yang didapati dari kursus spa ini, mereka ini akan dapat mempelbagaikan lagi cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika anda tergolong di antara golongan ini, anda sangat digalakkan untuk turut sama menyertai kursus spa yang dikendalikan oleh TWB ini.

Mesti ada yang bertanyakan apa kelainan dan kelebihan kursus spa TWB ni kalau dibandingkan dengan kursus spa lain.  Apa yang Imin boleh cakap, selepas menyertai kursus spa ni, anda automatik akan menjadi ahli TWB, dan akan dimasukkan ke dalam support group telegram.

Support group ini sangat penting kerana di sinilah akan diajar ilmu berterusan berkenaan bisnes spa, founder TWB akan sentiasa memberi tips berkenaan bisnes dan lain-lain.  Oh tak lupa juga, support group begini sangat penting untuk sesama ahli TWB berkongsi masalah yang dihadapi dalam bisnes ini dan sokongan dari ahli lain untuk sentiasa menaikkan semangat.

Ehhh bukan tu aje, dengan TWB ni, anda akan dapat 4 cabang income. Haaa nampak tak kelainan / keistimewaan kursus spa dengan TWB ni.

Ok, jom book slot anda sebelum 31 Ogos 2017 ni sebab offer ni hanya dibuka sehingga hujung bulan. Kursus spa selepas bulan Ogos pun takpe asalkan anda dah book.

Sesiapa nak bertanya lagi lebih dan detail berkenaan ni boleh chit chat dengan Imin di sini ye 017-603 9226.  



Imin Yusoff
The Walking Beauty Project


Sunday 13 August 2017

Pakej Belajar Spa Murah - The Walking Beauty Project

Salam gorgeous!

Semangat lain macam Imin sejak kebelakangan ni.  Semangat dengan aura pakej terbaru spa bergerak (mobile spa) The Walking Beauty (TWB) ni tau.

Kami di TWB ni sentiasa ada kelas dan kursus spa untuk semua wanita di luar sana yang berminat untuk menjalankan bisnes spa dengan modal yang sangat minimum dan murah! Ilmu kecantikan luaran dan dalaman, siapa tak nak kan 😉 .

Ok,  bulan Ogos 2017 ni, TWB menawarkan pakej Home & Mobile Spa yang insyaAllah akan membuatkan anda teruja. Sebabnya, pakej spa murah ini bukan sekadar mengajar ilmu facial sahaja, malah pakej spa murah ini akan turut diajar berkenaan Herba Natural Sauna, body scrub & protein milk bath. 

Nampak tak kenapa Imin excited sangat dengan pakej spa murah yang baru ni.. 😄
Mana nak dapat empat ilmu sekaligus dalam satu harga. Harga yang sangat lah berbaloi untuk dimodalkan sebagai permulaan bisnes.

Eh bukan itu je, selain 4 dalam 1 kursus pakej spa murah ni, anda akan dapat

  • Trial kit spa
  • skin analyzer
Trial Kit Spa ni pula anda akan diberikan juga peralatan asas spa seperti di bawah :-

1. headband = 1
2. span muka = 2
3. berus muka = 1
4. mangkuk kecil = 1

Itu je pakej spa murah ni bagi? eh bukan. Ada lagi ni. Selain apa yang disebut di atas, anda juga akan dapat produk-produk supplement kesihatan dan kecantikan yang ni -:

1. Vivix
2. Collagen powder
3. Vitamin C Sustained Release.

MENARIKKAN! Ketiga-tiga supplemen di atas ni bukan supplemen timbang kilo tau.  Supplemen ni dari Syarikat No. 1 supplemen di US yang dah lama bertapak di Malaysia ni.  Kesemua supplemen ni ada ujian klinikal, jangan risau ye.

Pakej spa murah TWB 2017

Dengan pakej spa murah RM899 ni anda akan dapat kesemua di atas.  Nampak tak besarnya nilai RM899 untuk memulakan satu bisnes spa. Bayaran Rm899 bukan setakat ilmu 4 dalam 1, tetapi lebih dari itu.  Pakej spa murah ini yang akan menampakkan eksklusifnya untuk sesiapa yang berminat untuk memulakan bisnes spa.

Dan tak berakhir di situ. Selepas kursus spa, anda akan dimasukkan di dalam secret group telegram dan Facebook sebagai lifetime support. Anda akan berada di dalam support ini selagi anda masih menggunakan produk yang digunakan di bawah TWB. Ada tips, perkongsian, perbincangan mengenai spa dan nutrisi kecantikan.  Kiranya lepas kursus anda tidaklah dibiar terkontang kanting untuk menguruskan bisnes spa anda.  Tetap akan dibimbing. Ha, amacam, best kannn 😄

Selepas anda menamatkan kursus dengan pakej spa murah ini, anda secara rasminya telah menjadi ahli TWB. 😘
Anda layak untuk mendapat consultation berkenaan kecantikan dan kesihatan daripada Pakar Nutrisi yang bertauliah.

 Dan anda juga dapat menyertai pakej percutian ke luar negara setiap tahun.  Bulan September ni TWB ni akan ke Maldives, tapi Kak Imin tak dapat join atas sebab-sebab tertentu. aduiiii frust tau.  Takpe, dengar katanya tahun depan akan ke Paris. Wah, lagi meletop kan!

Jadi tunggu apa lagi wahai adik-adik, kakak-kakak yang cun sekalian.  Jom ramai-ramai kita join TWB ni untuk pakej spa murah ni.  Bulan ni je ye pengambilan untuk agen-agen baru TWB.

Takkan tak nak kot belajar cara mencari duit dengan pakej spa murah.  Pada sesiapa yang ingin mencari pendapatan sampingan atau sebagai pendapatan utama, boleh whatsapp Imin di 017-603 9226.  Kita borak lebih dekat situ nanti ye.




Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...