Tuesday 2 October 2018

CONFINEMENT LADY vs JAGAAN MAK

Salam & hai,




Jika dahulunya, penjagaan ibu sendiri atau ibu mertua menjadi praktis bagi wanita di dalam pantang, tetapi di zaman ini, pilihan boleh dibuat. Pergerakan sosiobudaya serta ekonomi menyaksikan peranan ibu diambil alih Confinement Lady yang menjalankan perkhidmatan dari rumah ke rumah.

ini bukanlah kerana kurangnya kepercayaan terhadap peranan dimainkan golongan terdahulu, tetapi disebabkan ramai wanita kini berkerjaya dan tinggal berjauhan dari ibu bapa mereka. Ditambah pula faktor kekangan masa untuk pulang ke kampung serta ibu yang sudah tua dan uzur.


APA PERBEZAAN BERPANTANG DENGAN CONFINEMENT LADY DAN JAGAAN MAK


CONFINEMENT LADY

1.  Para suami tidak dapat untuk menjaga ibu dan bayi dengan bercuti lama.  Di sini lah perkhidmatan Confinement Lady diperlukan.

2.  Mengurut ibu untuk memulihkan kembali aliran darah, me­ngeluarkan angin dan bendalir kotor, melawaskan nifas, menenangkan emosi, meringankan badan dan memulihkan semula ketahanan badan si ibu. 

3.  Rawatan bertungku yang dibuat oleh Confinement Lady akan dapat melancarkan perjalanan darah nifas serta meredakan rasa sakit badan. Apabila perjalanan darah lancar, wajah kembali berseri dan segar. Bagi ibu bersalin, bertungku mengurangkan sakit urat dan mempercepatkan pengecutan rahim. Param pula dapat melancarkan perjalanan darah, menghaluskan kulit dan menjadikan tubuh kembali seperti sedia kala.

4.  Memakaikan bengkung kepada ibu.  Ianya dapat memberikan kesan menyeluruh terhadap kesan lebihan lemak pada bahagian perut, pinggang dan paha. Ia juga dapat membentuk badan kembali normal serta mengelak perut menjadi buncit.

5.  Menyediakan perkhidmatan tangas.  Tangas digalakkan untuk membuat kerana ia dapat membuang angin seterusnya mengecutkan faraj dan rahim. Paling penting bertangas dapat menyembuhkan luka dan jahitan dengan cepat. 

6.  Pakej penutup pantang pula biasanya si ibu berpantang tadi akan akan diurut lagi, urut lulur dan body scrub, mandian aura bunga serta sesi facial bagi menaikkan lagi seri ibu tadi.

Kesemua di atas ini akan dibuat oleh Confinement Lady.  Ada juga yang menjalankan perkhidmatan tinggal bersama selama mana yang customer mahukan.  Dan skop kerja sudah tentu lebih meluas.  Penjagaan bayi, memasak untuk ibu, urusan mengemas rumah, membasuh pakaian. 

Terpulang kepada ibu tadi memerlukan perkhidmatan yang bagaimana mengikut bajet.


JAGAAN MAK

1.  Walaupun wanita berpantang lebih selesa dengan penjagaan dari ibu sendiri, tetapi hakikatnya mak-mak semakin berumur.  Kekuatan dan tenaga mereka untuk menjaga anak dan cucu juga tidak kuat seperti dulu.

2.  Sekiranya memillih jagaan mak, suami dan isteri berpantang tadi mestilah mengambil kira kos elektrik, makanan dan minuman wanita berpantang itu, serta kepenatan mak-mak yang perlu menyediakan keperluan tersebut.

3.  Mak-mak juga perlukan rehat yang cukup sesuai dengan usia mereka.



Ada juga yang berpantang di rumah mak masing-masing, tetapi tetap mengambil perkhidmatan Confinement Lady sepanjang tempoh berpantang.  Cara ini dapat meringankan beban mak yang dah berumur tadi untuk 100% menjaga anak yang di dalam pantang dan cucu yang baru lahir.


Bagi mereka yang ingin mengambil Confinement Lady sewaktu berpantang, ianya lebih mudah kerana anda boleh berpantang di rumah sendiri, tidak perlu berjauhan dengan anak-anak lain serta suami sekiranya berpantang di kampung di bawah jagaan mak.


Kami di The Walking Beauty Project (TWB) juga ada menyediakan perkhidmatan Confinement Lady.  Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut boleh hubungi saya, dan sekiranya anda juga ingin mengikuti kursus penjagaan berpantang pun boleh hubungi saya kerana kami juga menyediakan kursus tersebut.



KLIK DI SINI untuk menghubungi saya.



Imin Yusoff
A Member and Certified Trainer
The Walking Beauty Project


No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...