Friday 30 March 2018

Saat Magika Bersama TWB

Salam,




Entri kali ni nak cerita pasal SAAT MAGIKA BERSAMA TWB.  Nampak kemain lagi kan namanya. Apa yang magiknya? Spa je kot?



Ishh, Spa je?

Itu lah nak cakap ni, team spa The Walking Beauty (TWB) ni lebih dari sekadar spa.  Bukan spa biasa-biasa tau.  Saya sendiri dah banyak merasa SAAT MAGIKA BERSAMA TWB ni.


Saya join spa TWB ni 3 bulan selepas berhenti kerja sebagai Secretary di sebuah syarikat pharmaseutikal.  Kerja office ni semua orang tau gaji cukup bulan ada je dalam bank kan.  Dapat gaji banyaklah cabang yang dikeluarkan balik untuk bayar komitmen yang memang dah "wajib' tiap bulan.  Dah biasa dapat gaji tetap tiap bulan tiba-tiba jadi suri rumah, haa macam mana tu.




Percaya tak yang MAGIKNYA saya walaupun telah berhenti kerja saya masih dapat mengeluarkan sejumlah wang untuk komitmen bulanan.  


Sini saya senaraikan apa yang saya NIKMATI, saya DAPAT dari spa TWB, nak senang cakap antara SAAT MAGIKA BERSAMA TWB tulah.

1.  Walaupun suri rumah saya masih dapat memberi wang belanja untuk mak ayah (duit sendiri tau bukan duit yang suami bagi).

2.  Pernah kereta rosak, suami takde, ratusan juga kosnya, alang-alang dah pergi sendiri bengkel masatu, bayar jelah terus.

3.  Bab instant cash tak perlu cakap sangat lah.  Dah nama servis spa kan, memang bila ada appointment yang tiba-tiba (ni passing customer) , tiba-tiba dengan magiknya jugalah kita akan dapat duit. 


Bab passing customers ni hanya dengan spa TWB tau. Sebab kami ada support group yang bergerak bersama. Support group ni banyak saya tulis dalam entri yang lepas-lepas.  Ni beza sangat dengan spa lain.

4.  Orang lain berhenti kerja mungkin dengan tiada komitmen hutang bank. Saya masih ada! Adoiii. Bukan sikit-sikit.  Tapi Alhamdulillah saya masih boleh membayar komitmen bank dengan duit yang dapat dari spa TWB.

5.  Saya pernah diuji dengan anak kecil yang sakit hampir sebulan awal Januari lepas. Untungnya diberi jalan menjadi ahli TWB, saya yang suri rumah ni dapat menjaga sepenuhnya anak yang kecil yang sakit ni sepanjang masa. Dan ada masa duit tetap masuk walau sebulan tak dapat keluar buat spa sebab menjaga anak sakit tu. (haaa yang inilah menarik sangatnya, income 4 penjuru cuma boleh dapat dengan spa TWB. Ni pun magik gak ni tau, tak keluar buat spa tapi ada duit masuk, camne tu)

6.  Kerja spa tetap kerja spa.  Dengan spa TWB ni saya dapat bagi free servis spa dekat suami, mak, adik, anak.  Free je kan, tak payah lah nak keluar mencari spa. Ni rasanya magik lebih pada mereka je ni. hehe

7.  Flexible time. Ni pun boleh dikira saat magika bersama TWB tau.  Ada masa-masa yang saya dapat menjenguk ibu mertua yang tak sihat sebab kami tinggal agak dekat, makanya sementara nak tunggu anak balik sekolah sempat pergi melawat beliau.  Flexible kan masanya.

8.  Magik lainnya dengan spa TWB nikan, saya dapat menjaga kebajikan anak-anak kecil ni dengan tangan sendiri.  Yelah dulu masa zaman kerja Maghrib baru sampai rumah.  Anak ada exam pun pernah tak sempat nak buat revision.  Result dia drop. Saya tak salahkan dia, saya salahkan diri sendiri, sebab saya balik kerja dah pukul berapa, buat itu ini masa singkat nak buat revision bersama.

Pernah juga yang sulong ni demam, dia sendiri minta saya berhenti kerja dengan harapan waktu balik sekolah, dapat balik sama, dia banyak masa dengan saya. Luluhnya hati dengar dia cakap.

Pernah juga balik agak lambat, terlewat ambil anak-anak di Taska. Dia tulis nota, "KENAPA MAMI AMBIK LAMBAT, RAMAI ORANG DAH BALIK, DAH GELAP MAMI BELUM SAMPAI". Sedih ya amatlah masa ni Allah je tahu. 😭

Rasa bersyukur sangat-sangat tau ada jodoh dengan spa TWB ni.  Saya punyai banyak masa, ruang dan peluang untuk menjaga urusan keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar ni.

Saya memang jenis yang tak pandai bahagi masa waktu bekerja dulu, sebab tu saya tak boleh kerja dengan terikat waktu office ni, saya kena buat konsep Working-at-home-mom je. 😊


Haa, ada lagi Saat Magika Bersama TWB ni.  Umum mesti bayangkan orang yang kerja spa ni, tangan lembut gemalai je ke masa buat spa kan. Isk isk isk.. ketahuilah sesungguhnya saya ni jenis kasar luarannya.  Memang tak reti lah nak mengulit-ulit usap muka orang bagai ni.

Tapi kan, lepas jumpa Puan Ainul (Founder TWB ni) dan setelah berkursus dengan dia ilmu spa ni, magiknya saya reti lah nak buat kerja-kerja spa ni, walaupun pada mulanya agak kekok.  

Macam orang biasa cakap la pejam mata pun boleh buat! Tapi jangan mengada nak buat facial ke customer pejam mata, ada pulak yang termasuk mulut sabun cleanser tu kang sebab salah sapu. hehe.. Ni contoh je nak bagi tahu yang magiknya saya yang serba tak reti, tapi lepas kita belajar ilmu spa TWB ni sebenarnya mudah untuk kita buat kerja-kerja spa.


Eh ada lagilah magiknya.  Kan kami semua ahli spa TWB ni ada support group, selain ilmu spa, Founder ni tak lokek ilmu untuk share ilmu lain tau. Magik lah ni. Dah habis kursus spa bertahun pun, tapi ilmu tu masih kerap diberitahu di dalam support group. Takdelah kita ni tersasar landasan kan.


Antara yang saya suka, dalam group spa TWB ni, selain ilmu marketing itu ini, Founder juga seringkali mengingatkan kami dengan marketing rohani.  Selalu ingatkan kami yang Allah yang beri rezeki, "ok tidur awal guys bangun tahajud", "ok korang dah buat Dhuha belum", "korang zikir selalu" "itu ini itu ini".  Weh,lain weh.  lain! Memang rasa, iskk group macam ni yang saya nak selama ni. Bukan yang asyik tekan pasal kerja, pasal sales semata, dia tekankan bab macam ni sekali.  Nampak tak kenapa saya sayang sangat dengan TWB ni, lillahiTaala.


Kalau ikutkan banyak saat magika lain yang saya dapat dengan TWB. Tapi rasanya cukuplah saya share sini antaranya apa yang saya dapat, rasa dengan TWB ni.


Jom, siapa nak tahu lebih pasal kursus spa TWB ni boleh tekan link bawah ni.  Pakej belajar spa TWB makin menarik tau! RM1,999 anda dah dapat semua keperluan spa.  Habis kursus angkat je bag spa yang mana dalam tu dah ada semua barang untuk terus jalankan kerja spa.

Ish, memang menarik sangatlah.
Tekan link bawah ni cepat, kita dapat borak lebih pasal ni.

klik bawah ni tauπŸ˜‰
Spa TWB


Imin Yusoff
Certified Trainer
The Walking Beauty Project







No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...