Tuesday 5 February 2019

Impian Saya Pada Tahun 2019

Salam and hai,



Siapa ada impian?
Apa tu impian?
Macam mana nak dapat impian?
Boleh ke capai impian?

Macam-macam soalan yang bermain di minda kan kalau cerita bab impian ni.

Impian ni umpama angan-angan jika tak disertakan dengan usaha. Impian akan menjadi kenyataan sekiranya kita berusaha untuk mencapai apa yang kita impikan tu.


Semua orang mesti ada kan impian apa nak capai tahun 2019, termasuklah saya. 😊

Meh saya nak cerita apa yang saya nak dan cuba dapatkan untuk tahun 2019 ni.

1.  Dengan projek The Walking Beauty (TWB), kami ada 6 penjuru income. Salah satunya melalui bonus Shaklee yang kami dapat setiap 14hb. Target saya untuk dapat sekurang-kurangkan bonus RM3000 sebulan sebelum Jun 2019, hanya dengan satu penjuru income ni sahaja, tanpa penjuru income yang lain.

2.  Sekarang saya berada di rank Senior Supervisor, impian untuk berada di rank Coordinator sebelum atau pada Jun 2019.

3.  Car bonus adalah salah satu yang kami boleh dapat dalam projek TWB ni. Saya akan cuba untuk melayakkan diri untuk mendapat car bonus level 1, selewat-lewatnya pada Oktober 2019.  Car bonus ni Shaklee bagi dalam bentuk cash. Kita boleh guna untuk bayar ansuran kereta ke, simpanan ke, bayar duit rumah pun boleh. Amacam, menarikkan 😉

4.  Disebabkan kereta yang ada sekarang auto, cadangnya naklah beli satu kereta manual sebelum Disember hujung tahun ni. Yelah bila pergi appointment spa/CL sana sini, hantar supplements ke customers ke dapat drive kereta manual rileks sikitkan.

Kami dalam TWB ni ada statement yang diterima di bank tau untuk membeli kereta / rumah. Jadinya saya sendiri kenalah double up usaha untuk dapatkan.


Boleh ke dapatkan semua ni ye?
InsyaAllah boleh! Saya perlu ikut apa yang mentor ajar, dah bergerak laju.

Mentor saya paling kuat of courselah founder TWB tu sendiri. Beliau selalu guide untuk kami pergi jauh. Apa yang selalu dipesan, apa yang selalu diajar, sehebat mana pun marketing, tapi kalau kita tak jaga hubungan dengan Allah, memang Susah.

Memang itu yang selalu ditekankan. KITA BUKAN MINTA PADA MANUSIA, KITA MINTA PADA PEMBERI REZEKI SENDIRI, IAITU ALLAH. KALAU ALLAH BOLEH BERI PADA ORANG LAIN KENAPA TIDAK KITA. haaa ayat tu memang akan selalu terpahat kat kepala ni.

Ok, I'm ready to move fasterrrrr. insyaAllah dengan guide dari mentor, dengan izin Allah, saya percaya boleh capai semua impian ni.

Kita kena ingat ni, ALLAH BERTINDAK MENGIKUT SANGKAAN HAMBANYA. so think positive guys 😎


Imin Yusoff
017-6039226






No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...