Sunday 27 August 2017

Siapa yang perlu join kursus spa?

Salam & hai gojes,


Tadaa.. tengok ni salah seorang ahli The Walking Beauty (TWB) Project dah bersiap nak pergi ke rumah client.  Comel berkeyakinan je kan.

Erm, pernah tak kita bercakap dengan diri sendiri.  Contohnya, "aku ni nak buat bisnes tapi apa ye", "peningnya kepala nak fikir nak buat apa ye untuk tambah duit belanja bulanan", "alamak, boleh ke aku buat bisnes ni ,tak konfiden la, tak pandai la".


Ada masa kita rasa peningkan fikir isu dekat atas ni.

Ok, berkaitan dengan isu ni, kali ni Imin nak sembang pasal 8 golongan yang digalakkan untuk turut sama dalam kursus spa The Walking Beauty (TWB) Project.  Details kursus spa ni boleh klik sini Pakej Belajar Spa Murah

1. Wanita yang ingin mempunyai perniagaan spa sendiri
- dengan menyertai kursus spa ini, peluang untuk membuka perniagaan spa sendiri sangat mudah. Bermula dengan spa bergerak (mobile spa) atau home spa

2. Ingin membuka spa tetapi tiada atau kekurangan modal
- Sesudah kursus spa nanti, anda boleh terus memulakan bisnes anda tanpa perlu menyewa kedai

3. Wanita yang ingin membuat bisnes dari rumah tetapi tidak tahu bisnes apa yang ingin diceburi
- boleh bermula dengan servis home spa untuk jiran-jiran atau kawan-kawan

4. Wanita yang bekerja sepenuh masa tetapi inginkan pendapatan tambahan dari rumah
- hari cuti, selepas waktu bekerja boleh buat bisnes spa

5. Surirumah yang sedang mencari bisnes yang sesuai yang boleh dijalankan di rumah secara sampingan
- sekali lagi, di sini mobile spa / home spa memainkan peranan

6. Graduan yang masih menganggur dan ingin mencari pendapatan untuk meneruskan kehidupan
- selepas kursus spa, mereka ini boleh terus menggerakkan dan menjalankan bisnes spa ini

7. Pelajar IPT yang ingin membuat bisnes separuh masa untuk menampung duit belanja
- dengan ilmu yang dapat melalui kursus spa ini, pelajar-pelajar IPT ini dapat membuat bisnes ini secara sampingan mengikut waktu yang mereka jadualkan sendiri

8. Pengusaha Spa yang dibelenggu masalah hutang disebabkan tiada / kurang pelanggan  dan masalah sewa kedai yang tinggi
- dengan ilmu yang didapati dari kursus spa ini, mereka ini akan dapat mempelbagaikan lagi cara untuk mengatasi masalah tersebut.

Jika anda tergolong di antara golongan ini, anda sangat digalakkan untuk turut sama menyertai kursus spa yang dikendalikan oleh TWB ini.

Mesti ada yang bertanyakan apa kelainan dan kelebihan kursus spa TWB ni kalau dibandingkan dengan kursus spa lain.  Apa yang Imin boleh cakap, selepas menyertai kursus spa ni, anda automatik akan menjadi ahli TWB, dan akan dimasukkan ke dalam support group telegram.

Support group ini sangat penting kerana di sinilah akan diajar ilmu berterusan berkenaan bisnes spa, founder TWB akan sentiasa memberi tips berkenaan bisnes dan lain-lain.  Oh tak lupa juga, support group begini sangat penting untuk sesama ahli TWB berkongsi masalah yang dihadapi dalam bisnes ini dan sokongan dari ahli lain untuk sentiasa menaikkan semangat.

Ehhh bukan tu aje, dengan TWB ni, anda akan dapat 4 cabang income. Haaa nampak tak kelainan / keistimewaan kursus spa dengan TWB ni.

Ok, jom book slot anda sebelum 31 Ogos 2017 ni sebab offer ni hanya dibuka sehingga hujung bulan. Kursus spa selepas bulan Ogos pun takpe asalkan anda dah book.

Sesiapa nak bertanya lagi lebih dan detail berkenaan ni boleh chit chat dengan Imin di sini ye 017-603 9226.  



Imin Yusoff
The Walking Beauty Project


No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...