Tuesday 5 September 2017

Apa itu The Walking Beauty Project




The Walking Beauty Project (TWB) adalah satu projek SPA TANPA KEDAI yang direka khas untuk membantu golongan wanita yang sedang tercari-cari sebuah perniagaan yang MUDAH, SIMPLE, FUN tetapi mampu memberi pulangan yang sungguh luar biasa.

Melalui projek The Walking Beauty ini, peserta akan diajar bagaimana mereka MAMPU untuk memiliki spa sendiri dengan kos yang sangat minima tetapi mampu menjana pendapatan sehingga 4-5 angka sebulan dengan hanya dari rumah.

Haaaa,menarikkan!  Bukan itu saje tau, malah peserta akan diajar bagaimana menjana pendapatan agar duit masuk hari-hari dan berpeluang mendapat Recurring Income melalui agen-agen yang dilahirkan di bawah nama spa mereka sendiri.

Mengapa perniagaan spa tanpa kedai, bisnes yang sangat menguntungkan

1. permintaan untuk home spa sedang meningkat pada masa ini.

2. Boleh dijalankan di mana-mana walaupun sedang bercuti.

3. Tiada risiko untuk bankrap kerana modalnya sangat kecil.

4. Tidak perlu berhutang dengan bank untuk membuka kedai dan membeli peralatan spa.

5. Boleh dimulakan secara sambilan dihujung minggu.

6. Bisnes ini mudah dibina, fleksibel dan risiko untuk gagal amat rendah (amat sesuai untuk wanita yang sudah mempunyai anak dan keluarga).

7. Hasil keuntungan lebih besar kerana tidak perlu sewa kedai dah upah pekerja.



Mengapa permintaan Home Spa semakin mendapat sambutan dan menjadi trend masyarakat kini?

1. Ramai wanita yang ingin berSpa tetapi tiada masa untuk ke kedai spa.  Jadi mereka lebih suka spa dilakukan di rumah kerana mereka boleh tentukan masa mereka sendiri.

2. Setengah wanita lebih suka melakukan spa di rumah kerana tiada penjaga / agak sukar mahu meninggalkan anak-anak.

3. Ramai wanita memilih spa di rumah kerana bimbang harga di kedai spa terlalu mahal.

4. Ada antara wanita lebih selesa melakukan spa di rumah kerana faktor keselamatan dan masa.

5. Home spa adalah alternatif buat semua wanita yang ingin menjaga kecantikan tetapi tidak tahu atau tidak mampu disebabkan kekangan ekonomi.


Haa, dah nampak dengan lebih jelaskan kenapa bisnes ni sangat elok. Imin sendiri 2 bulan lepas berhenti kerja terus daftar untuk kursus The Walking Beauty Project ni.

Antara sebabnya senang nak menjaga dan monitor anak-anak yang masih kecil ni.  Bekerja / set appointment ikut waktu yang kita sendiri selesa, yang mana tak ganggu waktu dengan keluarga terutamanya anak-anak.

Waktu anak sakit tak perlu dah rasa serba salah nak minta cuti dekat bos waktu kerja tengah banyak.  Yelah pokok pangkalnya RAJIN. The Walking Beauty Project ni ada support group yang mana sentiasa akan ada tips dan sokongan serta galakkan dari team members yang lain.  Takdelah kita rasa lost je nanti bila nak buat kerja spa kita kan ☺

Hujung bulan Ogos yang lepas dah tarikh akhir penutup untuk penyertaan agen The Walking Beauty Project ni.  Dengan pakej yang murah, bukan setakat ilmu je dapat ,lebih dari tu tau.  Boleh klik sini untuk tengok Pakej belajar spa TWB

Oklah, nanti bila founder The Walking Beauty Project ni buka lagi penyertaan ni, Imin update lagi ye.

Imin,
The Walking Beauty Project
017.603.9226




No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...