Tuesday 4 September 2018

KURSUS BERPANTANG 2018



Salam & Hai,


Kelahiran seorang bayi menandakan yang si ibu dengan kadar segera memerlukan penjagaan sewaktu dalam tempoh berpantang.


Zaman sekarang sudah menjadi trend terkini untuk ibu-ibu yang berpantang mengupah Confinement Lady (CL) untuk menjaga si ibu dan bayi selama mana yang mereka inginkan.  Kerana ramai yang inginkan untuk berpantang sendiri di rumah dengan keadaan anak lain yang masih bersekolah, suami yang tidak dapat bercuti panjang untuk menjaga isteri sewaktu berpantang ataupun atas sebab-sebab yang lainnya.


Alatan penjagaan ibu berpantang



Terlalu banyak pakej-pakej berpantang dan bersalin yang ada di pasaran sekarang.  Disebabkan permintaan yang tinggi inilah The Walking Beauty Project (TWB) juga menawarkan Kursus Berpantang dan Penjagaan Bersalin 2018.  




Mereka yang menyertai TWB pada bulan Ogos lepas berpeluang untuk mengikuti kursus ini dengan hanya perlu membayar RM100 sahaja! Fuh, banyak dah diskaun untuk ahli yang join bulan lepas tau.



Pakej berpantang dan urutan selepas bersalin ini merangkumi :-

  • urutan tradisional
  • urutan khas untuk wanita selepas bersalin
  • cara bertungku
  • cara sengkak yang tidak memudaratkan
  • cara bertangas kering dan basah
  • spa & rawatan bayi
  • cara pembuatan jamu


Penjagaan selepas bersalin ini penting, kerana di dalam fasa ini ibu-ibu masih dalam keadaan lemah disebabkan sesi bersalin itu sendiri yang telah menyebabkan kehilangan banyak darah, kepenatan, lesu disebabkan kurangnya tidur dengan perlu bangun kerap di tengah malam untuk menyusukan bayi.


Sebab itulah penjagaan selepas bersalin sangat penting.  Ada kes yang ibu berpantang stress kerana perlu uruskan hal rumah, anak-anak, dengan keadaan sendiri yang tidak cukup rehat, boleh menyebabkan ibu ini meroyan.  Kes-kes seperti ibu kelar anak, mendera bayi yang masih kecil sering kita mendengar.  Makanya penting untuk membuat si ibu ini sentiasa tenang di fasa ini.



SET PANTANG DAN SET HAMIL SHAKLEE


Ini adalah rangkaian produk Shaklee yang boleh diambil oleh ibu-ibu hamil dan selepas bersalin.



Di bawah ini pula fungsi setiap satu :-


ESP
- membantu memberikan tenaga serta menghasilkan susu
- menguatkan rahim, mencantikkan kulit ibu dan bayi


Ostematrix
- memberikan keperluan kalsium yang secukupnya untuk ibu dan bayi
- elok untuk sembelit, mengurangkan sakit pinggang
- kalsium yang tinggi menguatkan gigi dan tulang ibu dan bayi

B complex
- membantu mengurangkan stress
- mengawal berat badan

Alfalfa
- Membantu dalam penghasilan susu lebih banyak
- sebagai jamu moden bagi ibu yang berpantang
- membuang toksin, dah memberi tenaga

Vitalea
- membekalkan tenaga dan multivitamin yang cukup
- mengekalkan hb darah yang normal

Sustained Release vitamin C
- mempercepatkan luka sembuh selepas bersalin dan sebagai sistem imunisasi badan

Omega Guard 
Mengurangkan masalah lupa selepas bersalin. Yang ini perkara yang normal berlaku.  Omega guard juga memberikan DHA yang terbaik untuk bayi melalui susu ibu yang diberi.
- mengawal kolesterol ibu



Kesemua produk di atas, boleh digunakan dari semasa awal kehamilan ibu sehinggalah dalam tempoh berpantang.  Ini kerana kesemua supplement Shaklee di atas berfungsi melengkapkan nutrisi yang tidak dapat ditampung melalui pemakanan harian.

Nutrisi yang lengkap akan membuat tubuh badan ibu berpantang tadi sentiasa sihat bertenaga.



Kepada sesiapa di luar sana yang ingin turut sama belajar mengenai kursus berpantang anjuran TWB boleh hubungi saya di sini 0176039226 [klik di situ]


Imin Yusoff
Certified Trainer & Beautician
The Walking Beauty Project
017-6039226 







No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...