Wednesday 24 April 2019

Tips sihat cergas hamil di usia 40 dengan Set Shaklee

Salam & hai korang,

Entry kali ni saya nak share pengalaman sendiri pulak lah. Biasanya bila ibu mengandung ni kan, mesti datang sekali dengan pakej penat lesu kan. Jangan kata yang muda, sesiapa yang mengandung dihujung usia (ok 40 bukan lah veteran pun kan. Tolonggg sikit eh.. hehe), lagilahhhh akan terasa penat lesu semua. Eh, CikTa pun lahirkan Aisyah yang comel lote tu pun masa umur 40-an okeh πŸ˜‰




Nampak ni, mengandung pun masih boleh jadi supermom okeh. Bezanya saya taklah pakai skirt gitu dan kain merah terbang kat belakang tu πŸ˜„



Ni biasa orang cakap lah. Yelah sebab bila umur makin naik, normally stamina kita turun kan.

Ehhhhh tapi kan, korang jangan tak tahu, zaman sekarang ni umur ni nombor je beb. Mengandung umur berapa pun bukan ukuran tahap kecergasan seseorang tu. Cewahhhh..

Saya mengandungkan anak yang pertama masa umur 27-28. Yelah masa ni memang kita ni cergas je kan. Takde rasa apa. Jalan pun laju 100km/j boleh pergi lagi kalau bagi contoh keretaπŸ˜„

Anak kedua pulak masa umur 33. Ermm. Walaupun awal 30an masani paling azab kejang kaki lah. Ya Robbi boleh kata seminggu tu sekali dua memang dah jadi macam wajib la kejang kaki. Walhal saya makan je semua vitamin yang doktor bekalkan. Susu Anmum pun tak miss (walau spesis orang yang tak minum susu, tapi bila mengandung automatik telan jelah).

Dan ada-ada masa akan rasa penat. Dekat office, tiap hari, masa dah cecah 6 bulan kalau tak silap, akan mintak permission dengan bos kecik (supervisor kita lah) untuk rest kejap dalam bilik filing dalam 15 minit. Mesti kena. Kalau tak memang terasa lesu dah tau.

Sekarang ni pulak mengandung anak ketiga umur saya 40! Haa tu dia.. Rezeki kan. Masa awal-awal tahu pregnant memang rata-rata orang keliling cakap "hishh susah kau ni, aku dulu ngandung umur 38 pun lesu penat sangat", "kesian kau ,mesti banyak tidur je kat rumah nanti, yelah umur 40 mesti susah" , "tengoklah melepek je kau nanti" .

Biasa kan dengar ayat macam tu. Eh tipulah cakap kalau saya sikit pun tak terkesan. As advised by my Leader dalam Shaklee, dia suggest saya amalkan FULL SET HAMIL SHAKLEE. Kalau tak silap dia sendiri pregnant anak keempat masa umur 37 dan dia amalkan full set Shaklee tu rasa energetic je. Dengan busy kerja lagi, busy bisness part time ni lagi, family lagi.





Ni kesemua 6 ni saya amalkan seawal memgandung lagi.


APA PERBEZAAN YANG SAYA RASA SEMASA AMALKAN KONSISTEN SET HAMIL SHAKLEE?


1.   Palinggg umphhh takde kejang kaki beb! Percaya tak? Silalah percaya ye. Dah 7 bulan ni ha, alhamdulillahhhh takde kejang kaki tahap tak boleh tidur malam tu.

2.   Sihat, cergas bertenaga je. Kiranya kontra la dengan ayat-ayat yang orang keliling dok cakap kan tu. Saya ni kan buat bisnes mobile spa, Shaklee & pantang. Contoh macam pantang kalau ikut penat tau urut orang berpantang, setelkan baby lagi. Tapi alhamdulillah saya mampu je dan pernah dapat 3 customer pantang sehari untuk seminggu. Fuhhhh.. 

3.  Petang bawak ke malam boleh lagi setelkan urusan family, masak, kemas rumah segala bagai. Biasalah suami biasa sampai rumah pukul 8 malam kan. Kita memang la kena cargas. 

4.  Bila konsisten Set Hamil Shaklee ni dari awal, memang terasa lah kulit muka pun ok sangat, better dari sebelum ni. Yelah, ESP, vitamin C tu memang ingat selalu. Kalau tak ada jugak masa lupa2 nak makan. Opsss.. Hehe. Bila mengandung ni kita fikirkan nak bagi nutrisi yang terbaik untuk baby kan, terpaksa jugak lah mami dia terima akibat kulit makin helok. Ewahhh πŸ˜„

5.  Bacaan BP pun cantik je. Alhamdulillahh.. Cunanya Hb 10, sepatutnya kena 11 ke atas kan. Ni sebab saya memang ada anemia. So, hb jelah tak cantik πŸ˜…

6.  Sakit pinggang tak seteruk masa mengandung 2 orang yang sebelum ni. Ni setakat sakit pingang manja-manja je ok lagi lah kan


SET LENGKAP HAMIL SHAKLEE

Ok jom saya detail kan satu-satu yang terdapat dalam Set Hamil Shaklee ni.


ENERGIZING SOY PROTEIN

🌷 Ibu mengandung juga perlukan protein untuk bayi dalam kandungan, protein diperlukan untuk pertumbuhan sel bayi. Anak yang dilahirkan dengan sihat akan kurang mengalami masalah kulit seperti eczema dan psoriasis.

🌷 membantu meningkatkan pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Ianya juga membantu mengawal paras kolesterol ibu-ibu hamil. Paras G.I yang rendah sesuai diamalkn oleh ibu mengandung diabetes kerana memberikan rasa kenyang yang lebih lama serta membekalkan tenaga berpanjangan untuk ibu-ibu.



VITALEA

🌷  multivitamin dan mineral lengkap yang juga mengandungi zat besi. Kebaikan set mengandung Shaklee ialah membantu masalah bacaan HB rendah yang boleh membawa kepada anemia di kalangan ibu mengandung. Jika HB sentiasa rendah mungkin boleh menyebabkan komplikasi ketika melahirkan bayi. Ibu-ibu yang mudah letih serta rasa hendak pitam elok amalkan vitalea dua biji sehari. ------ macam saya yg anemia ni, ada masa saya ambil lebih dari 2 biji. Bacaan tu selagi tak turun, doktor kata ok lagi. Maintain je consume katanya.


OMEGA GUARD

🌷 penting untuk perkembangan sel-sel otak bayi. Dengan amalkan Omega Guard setiap hari berat ibu hamil dapat dikawal. Kepada ibu-ibu yang mengalami peningkatan berat badan secara mendadak boleh cuba amalkan Omega Guard bermula dari trimester kedua bagi membantu mengawal berat badan.

🌷 ibu yang ada masalah BP tinggi pun boleh amalkan Omega guard ni. Sangat-sangat membantu untuk menormalkan semula bacaan BP tau.


B COMPLEX

🌷  mencegah penyakit diabetes ketika mengandung.  Berperanan untuk menukarkan gula dalam makanan kepada tenaga. Juga mengandungi asid folik yang elok untuk perkembangan saraf bayi. Ibu-ibu mengandung yang sentiasa tertekan dengan kerja rumah dan pejabat juga boleh ambil B Complex kerana ianya vitamin anti-stress.


VITAMIN C

🌷  membantu menguatkan sistem imun badan.  Kalau ibu megandung jatuh sakit, susah tau mendapatkan ubat yang bersesuaian semasa mengandung. Ianya juga membantu pertumbuhan sel-sel otot dan tulang bayi. Vitamin C yang banyak juga menggalakkan pertumbuhan kolagen, membantu ibu mengandung kekal cantik, mempunyai kulit yang berseri serta tidak kusam semasa mengandung.


OSTEMATRIX

🌷  membantu mengatasi masalah sakit-sakit otot, pinggang serta sengal-sengal badan ketika mengandung. Masalah buasir serta sembelit ketika memgandung juga dapat diatasi dengan mengamalkan Ostematrix sebelum tidur.

🌷 Ostematrix ini ialah bekalan kalsium dengan vitamin D yang membantu juga ibu-ibu untuk tidur lena dan berkualiti sepanjang malam supaya kekal segar keesokan harinya.


Haaa kesemua tulah saya amalkan dari bulan pertama lagi. Terlalu banyak manfaat yang saya dapat dari full set tu tau.

Badan kita ni bila cukup nutrisi yang elok, sel-sel dan organ akan berfungsi dengan baik. InsyaAllah bayi pun akan dapat nutrisi yang terbaik untuk pembesaran dan perkembangan ❤️

************************

Berminat untuk mendapatkan 
SET HAMIL SHAKLEE 
sekarang?
Anda boleh dapatkan secara online di sini:


************************


Khusus untuk ibu mengandung yang memerlukan nutrisi yang terbaik untuk diri sendiri dan baby yang dalam kandungan, ada apa-apa pertanyaan, boleh hubungi saya di whatsapp dengan menekan link ini
 ---> 0176039226



IMIN YUSOFF
Shaklee Independent Distributor

No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...