Friday 22 March 2019

5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA

Salam & hai,

Tajuk entry kali ni pun gempak kan. 😄
Mestilah sebab ni adalah REAL PROVEN RESULT! 


Percaya tak, tak kesemua wanita ni buat sepenuh masa dengan mobile spa The Walking Beauty (TWB) ni tau.  Tapi apa yang menyebabkan mereka ni mampu untuk peroleh pendapatan macam tu.


Ok jom baca apa kata mereka semua ni.



1.  Cikgu Zura, cikgu di sekolah pendidikan khas.

 "menghantar ibu dan ayah ke Mekah dengan duit dari spa sahaja"

Zura kumpul duit selama 3 tahun untuk ibu ayah ke Mekah.  Zura bayar booking RM2k dengan Emraaz Agency. Selebihnya dijelaskan sebulan sebelum pergi.  Kos yang Zura sponsor hampir RM20,000



Menitis air mata dan terpancar wajah gembira di raut wajah suci mereka. Allahu

Tahu tak paling minimum RM1000 setiap bulan kalau buat servis spa weekend je. Ni kalau malas nak cari customer spa la. Paling tinggi income dalam spa zura pernah dapat RM750 untuk sabtu dan ahad.  Zura target 20 customer spa sebulan, situ je income boleh dapat RM2-3k. 

Zura join TWB sebab la nak improve income sebab selalu sesak nafas bila hujung bulan & bila ada duit dapat tunaikan tanggungjawab sepatutnya kepada mak ayah sebagai seorang anak

Spa TWB & Shaklee memang jauh berbeza. Perbezaan yang paling menarik adalah kelebihan mentorship yang ada dlm bisnes TWB even selepas hands-on training. Then ada 6 penjuru income yang kita boleh kejar. Ada career development. Tak buat spa pun ada cara untuk dapat income. 

Masa baru join Spa dan Shaklee, bonus pertama cuma RM23.42 sen je dan seterusnya Zura pernah dapat RM3k macam tulah dan seterusnya ? (Rahsia la) Insyaallah lebih banyak dan banyak bila niat kita ikhlas. 

Cuma sekarang tak lah rasa sesak sangat. Kalau nak beli apa je boleh beli tak payah tunggu gaji




2.  Wan Syahida (Shye) - suri rumah, bekas Biomedical Engineer

"Tak buat spa langsung tapi dapat RM5k dari income penjuru lain TWB"

 tak buat servis spa langsung tau ni. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.

Income Paling minimum RM1000 setiap bulan sekarang dalam title surirumah 24 jam & tak buat servis spa. Totally coaching anak buah dalam marketing spa & bisnes Shaklee masing2 je. Then paling tinggi pernah hit RM5000++ sewaktu naik Coordinator. 

Income dari salah satu penjuru income TWB


 Sebenarnya di awal pembabitan, saya pernah fokus servis spa.  Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!

Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula 😊

Hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya. Syukur Alhamdulillah. 

Saya resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014 & TWB tahun 2015. Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi.. Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star ⭐️ Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. 

Memang seronok sgt sebab sejak join TWB, bisnes start progress and empire YST saya grow. And yang paling happy, of course bila saya dapat naik rank dalam Shaklee satu persatu dari Supervisor, lepas tu Senior Supervisor dan akhirnya latest Coordinator, semuanya asbab berTWB. 
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.



3. Syamira - suri rumah, bekas pekerja kilang

"Suami berhenti kerja macam tu gaji ,takde gaji, nasib baik ilmu TWB jadi penyelamat untuk mencari income lebih"


Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan. 

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..
Macam mana kami survive? 

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

Betul ke? 

Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat 😭
Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami. 

Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja 😜 apa perasaan? 

Takut? 
Gelisah? 
Rasa nak mati?? 

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.
Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi.

Saya mula buat promosi spa dan collect customer banyak-banyak. 

Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA! 

Mudah tau bila ada dan skills, kita apply je ilmu, dapatlah income



Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash! 

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?

TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan balik rumah 😁



4. Aina - baru habis master, masa join twb dulu tengah kerja jadi PA (personal assistant) tapi tinggalkan kerja sbb income spa lagi tinggi dan senang nak aim walaupun gaji jadi PA tu tetap dan spa tak tetap.

"Income paling banyak RM1100 sehari!"


Selalunya sekali dalam RM100, sehari dpt 200-400. Paling banyak RM1112 sehari. 
Aina memang  focus pada income service spa, recruitment, bonus shaklee dan lain-lain income dari penjuru TWB lain.

Satu lagi adalah, dulu mula2 bila target bisnes sebab nak banyak duit, sgt susah nak buat sale and dpt customer. Tapi bila tukar niat nak tlg orang dan gembirakan mama, terus rezeki menderu2 masuk. 

Target bisnes at least RM3k sebulan, nanti naik jadi 5k sebulan.

RM3k+ sebulan hasil service spa je.
Pushing factor sbb join TWB masa abah sakit, and TWB je income masyuk tapi waktu flexible

Start sbb masatu abah sakit, perlu duit, walaupun kerja tapi duit tak cukup sebab ubat mahal dan simpanan semua dah takda, cuma tinggal modal utk spa, terus decide utk join spa daripada duit tu habis mcm tu je. Now dah berkali-kali balik modal tapi some of the products masih ada lagi



5. Kam Haryatie - Geospatialist (GIS Expert)

"Busy kerja pun, income tertinggi yang pernah dapat melalui bisnes ni RM18,000"

Ni nanny saya dalam bisness ni, merangkap kawan sekelas masa sekolah menengah. 😊  Jom baca pulak last success story ni.


Saya langsung tak buat spa. saya fokus untung runcit, bonus Shaklee dan lagi satu penjuru lain TWB.

Income tertinggi dalam salah satu penjuru saya pernah cecah RM18k.  Pushing factor untuk saya terus bergerak ke depan ialah salah seorang anak dari 4 anak saya autism dan target utk saya menambah aset dan property.



Saya pernah dapat free trip ke Italy pada tahun 2015, fully sponsored by Shaklee.

Matlamat saya dalam bisnes sekarang makin jelas. Setiap hari saya selalu fikir, berapa banyak yang saya boleh beri kepada orang. Saya dah faham kenapa kita perlu jadi kaya. orang yang takde apa2, takkan dapat beri apa-apa kepada orang lain.Banyak wang tidak salah. Yg salah ialah mindset kita. Niat kita. Ia menentukan tindakan selanjutnya.

Walau busy dengan kerja hakiki, minggu ni balik lewat, meeting dengan Ministry of Defence, datang lab, busy dengan LIMA lagi.. Saya tetap akan pastikan minimum income saya dengan TWB RM5K. Itu minimum, maximum memang kejar sebanyak yang mungkin jugak lah sampai infiniti 😁

TWB ada 6 penjuru income, tak dapat buat dengan spa, kita ada lagi 5 penjuru income lain yang boleh dikejar. Sesiapa yang busy kerja, tak buat spa saya dah buktikan yang saya juga mampu untuk dapat income.  That's the beauty of TWB.


 Haaa amacam, terbakar, terinspirasi tak dengan 5 success story dari 5 wanita TWB ni.  Latar belakang yang berbeza, tetap dapat juga kejar untuk menambah income.

Yang pentingnya, diri sendiri.  Kalau kita masuk golongan yang dapat beri komitmen pada diri sendiri untuk berjaya, insyaAllah kita boleh berjaya.

Jom sertai kami di TWB. Terlalu banyak peluang untuk anda jana income tak kisah la nak full time ke part time ke. Once anda dah join dan faham lubuk2 duit yg ada, anda akan rasa untung sangat-sangat dah menjadi salah seorang ahli dan Alumni TWB. 


Boleh hubungi saya kalau anda ada sebarang pertanyaan. Boleh terus klik link di sini 0176039226


Imin Yusoff
A member and trainer,
The Walking Beauty Project




No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...