Wednesday 25 April 2018

LECITHIN SI PEMECAH LEMAK


Salam & Hai,


Zaman sekarang ni ramai yang berani mencuba pelbagai jenis vitamin bila dikatakan boleh menguruskan badan.  Ada yang sanggup beli ratusan ringgit tanpa tahu selamat ke tidak apa yang dimakan tu, malah ada yang berani ambil risiko makan/minum yang tiada kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Isk, jangan berani ambil risiko macam tu.  Kena ambil tahu tentang sesuatu produk agar ianya tidak memudaratkan kesihatan sendiri di masa akan datang.




Shaklee pun ada produk yang boleh membantu anda di luar sana untuk proses pecah lemak ni tau.  Produk ni nama dia Lecithin, ada KKM approval ye, dijamin selamat.  Eh bukan tu je, ada ujian klinikal tau.




APA ITU LECITHIN?


Lecithin dikenali sebagai pengemulsi lemak semulajadi yang memecahkan lemak kepada molekul-molekul yang lebih kecil untuk pencernaan. Kiranya lebih mudah lemak-lemak nak dicerna oleh tubuh.

Lecithin juga ditukar menjadi acetylcholine di dalam badan yang mana dapat membantu mengekalkan badan yang sihat.

Jadi, bagi anda yang berhasrat nak kurangkan berat badan atau nak kurus dengan bantuan makanan tambahan (supplement), pastikan supplement yang anda ambil tu mengandung icholine.

Berdasarkan Akademi Sains Antarabangsa (The National Academy of Sciences) Choline penting bagi anda yang nak diet sebab Lecithin ni bahan untuk larut lemak yang dipanggil phospholipid yang terdiri dari choline dan inositol yang terdapat di dalam semua sel hidup.

Phospholipid ni merupakan komponen utama sel membran yang berfungsi mengawal nutrien yang masuk dan keluar dari sel.

lecithin ni PENGEMULSI LEMAK. Yang akan pecahkan lemak kepada molekul yg lebih kecil supaya mudah dicerna utk dibuang nanti dgn Alfalfa / Herb-Lax.



PENTING KE LECITHIN NI??

Asid Linoleik (Essential Fatty Acid) : Sangat penting untuk tubuh badan.  Sama seperti Vitamin C, Vita-A pun badan kita tak dapat nak hasilkan. Memang kena ambil dari sumber luar iaitu diet harian kita.


Kolin : Komponen utk neurotransmitter


Asetikolina : Bekal biokimia utk hantar mesej ke otak & saraf.


Inositol : Sebagai Komponen utama membran / selaput del dlm tisu di seluruh badan.



FUNGSI / MANFAAT / KEBAIKAN LECITHIN.

Membantu mnyerap vitamin yang larut lemak - Lecithin membantu badan untuk menyerap vitamin larut lemak seperti Vitamin A, D, E dan K (ADEK).

Membantu memecahkan lemak dan kolesterol - Lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah dan pengambilan tambahan dapat membantu mengemulsi serta metabolisma lemak, kolesterol dan trigliserid di dalam badan.

Pengambilan Lecithin dalam kuantiti yang banyak membantu mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang sekaligus menghalang obesiti.


MELINDUNGI HATI
Membantu menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati, hati berlemak dan membantu memulihkan kesihatan hati.


MENCANTIKKAN OTOT & KULIT 
Membantu membentuk sel membran, melembab dan menghaluskan kulit. Juga membantu mengaktifkan metabolisma sel dan melambatkan penuaan.


MEMPERBAIKI ALERGI
Membantu menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah seterusnya mempertingkatkan alergi seperti penyakit kulit seperti dermatitis dan demam disebabkan alergi


MENGHALANG KEJADIAN BATU KARANG
90% punca batu karang terbentuk adalah disebabkan kolesterol. Jadi, Lecithin berfungsi untuk membantu mengemulsi kolesterol berlebihan untuk menyekat pembentukan batu karang.


MEMPERTINGKATKAN DAYA INGATAN & MENGURANGKAN TEKANAN
Acetycholine yang terdapat di dalam Lecithin berfungsi untuk membentuk penghantar (sender) ke saraf kranial yang akan mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan mengurangkan tekanan.


MENGHALANG TEKANAN DARAH TINGGI 
Lecithin berfungsi sebagai penghalang arteriosklerosis dan menggalakkan peredaran darah.


MEMPERBAIKI PROSTAT LELAKI 
Kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti Lecithin yang banyak.


MELEGAKAN SEMBELIT
Lecithin dapat membantu melembutkan najis dengan berkesan. Lecithin juga membantu melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.



PERBEZAAN SHAKLEE

Apa yang membuatkan Lecithin Shaklee berbeza dengan Lecithin lain yang ada di pasaran adalah dari segi sumber Lecithin itu sendiri.

Lecithin Shaklee, sumbernya adalah dari kacang soya semulajadi.  Dan kacang soya ini pula adalah kacang soya yang tidak diubah suai secara genetik (Non-GMO soybeans).

Setiap kapsul Lecithin Shaklee mengandungi 530mg soya Lecithin termasuk 80mg kolin dan 48mg inositol. 


Lecithin Shaklee yang dirembeskan oleh badan akan menghasilkan acetyl-kolin (acetycholine), inositol, fosforus dan lemak tidak tepu.


Untuk student, sangat membantu meningkatkan daya ingatan kerana
Acetycholine yang terdapat di dalam Lecithin berfungsi untuk membentuk penghantar (sender) ke saraf kranial yang akan mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan mengurangkan tekanan.



Jom kita tengok apa feedback dari mereka yang dah mengamalkan lecithin Shaklee ni.











Best kan tengok orang yang dah berjaya buang lebihan kilogram dari badan ni.

Tapi untuk buang lebihan berat, anda juga perlu untuk kawal pengambilan makanan supaya tidak berlebihan.  

Jaga makan, exercise selalu, ambil vitamin yang betul, maka mudah untuk anda menurunkan berat.



Jom sesiapa nak cuba atau tanya lebih lanjut berkenaan Lecithin si pemecah lemak, boleh hubungi saya, klik je link di bawah kita boleh borak lebih di whatsapp nanti,

 < KLIK SINI >


Imin Yusoff
017-60139226

No comments:

Post a Comment

Saya Bakal Berjaya Turunkan Berat Badan sebanyak 10kg

Assalamualaikum & hai,  Semua orang inginkan kehidupan yang sihat kan.  Pemakanan sihat, selalu exercise, baru lah kita akan ras...